Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 5, 2022 @ 5:14pm

Berang Dipanggil ‘Usher’, Jason Derulo Belasah 2 Individu

Penyanyi Hollywood, Jason Derulo, 32, dipercayai telah terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua individu di hadapan sebuah kelab malam berdekatan ARIA Hotel dan Kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat pada awal pagi Selasa.

Memetik laporan E! News, Jason dipercayai telah berkelakuan agresif dengan menyerang secara fizikal terhadap dua individu terbabit.

Seorang saksi kejadian memberitahu Jason sedang menuruni eskalator untuk keluar dari kelab malam dan tiba-tiba seorang lelaki yang berdiri di dalam barisan bertali di hadapan kelab malam itu menjerit sesuatu kepada penyanyi itu.

“Hey Usher!” jerit lelaki itu diikuti dengan carutan.

Video yang diperolehi oleh TMZ menunjukkan Jason yang berang dengan pantas berlari menuju ke sana dan menumbuk dua orang lelaki di situ.

Walaupun cuba ditahan oleh pengawal keselamatan, pelantun lagu ‘Savage Love’ itu tetap memberikan tumbukan berulang kali sehingga mereka tertiarap di atas lantai.

Pergaduhan itu telah menyebabkan kekecohan di kawasan berkenaan.

 

Menurut saksi, Jason kemudiannya dibawa keluar dengan tangannya digari dibelakang.

Walaubagaimanapun, pegawai polis yang berada di tempat kejadian tidak membuat sebarang laporan terhadap Jason kerana mangsa terlibat dikatakan tidak mahu mendakwa penyanyi itu.

Jason yang juga aktif menghiburkan peminat di aplikasi TikTok telah membuat ramai peminatnya kecewa kerana mereka tidak sangka penyanyi itu akan bertindak sebegitu.

Pada masa yang sama, video pergaduhannya itu telah dijadikan parodi dan bahan jenaka oleh pengguna Twitter.

Sumber: E! News & TMZ

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Feb 2019

Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Events Mon, 31 Dec 2018

Next Asian Pop Star Gin Lee to Hold Concert in Resorts World Genting

Don’t miss out on the chance to get tickets!

Trending Thu, 18 Jun 2020
Featured Wed, 14 Dec 2022

Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

MashaAllah beruntungnya dapat jumpa insan-insan hebat di Tanah Suci.

Featured Fri, 21 Oct 2022

Yazmin Aziz Kongsi Tips Berjaya Turun Berat Badan 8 Kilogram Tak Sampai Sebulan!

Fuhh tak sampai sebulan dah macam ni rupanya? Power lah besprennn

Hiburan Sun, 19 Jan 2020

Pengarah ‘Escape’ Terpaksa Lupakan Gimik Sebab…

Kamal Adli jadi pengganas?? Wah, tak sabar!

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
error: Content is protected !!