Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 7, 2022 @ 9:08am

IGN SEA Mulakan 2022 dengan Squad Up: Athena, Memperkasakan Gamers Wanita di Seluruh Asia Tenggara

Memulakan tahun baharu, REV Media Group (RMG) melalui Rangkaian Permainannya, IGN SEA membawakan kejohanan e-sukan yang pertama untuk tahun ini dengan Squad Up: Athena khusus buat para wanita!

Squad Up membuat penampilan sulungnya pada tahun 2020 dengan kejohanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Squad Up 2020 dan Squad Up: Athena adalah kesinambungan siri kejohanan e-sukan, memperkasakan gamers wanita dari seluruh Asia Tenggara.

Athena yang sering dikaitkan dengan mitos Yunani, ialah dewi Yunani purba yang penuh dengan kebijaksanaan, kemahiran praktikal serta kemahiran berperang dan itulah yang dicari dalam kejohanan ini!

Squad Up: Athena ialah kejohanan kelayakan serantau terbuka yang akan membawa kepada kejohanan jemputan ALL-STAR di mana hanya satu pasukan akan dinobatkan sebagai juara daripada 24 pasukan bertanding (12 daripada kelayakan, 12 jemputan) bermain Mobile Legends: Bang Bang.

Pencarian Athena sebenar bermula pada Disember 2021 dengan pusingan kelayakan terbuka yang telah diadakan dari 18hb hingga 20hb Disember 2021, menyaksikan perlawanan yang menakjubkan dari pasukan negara serantau yang mengambil bahagian, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina untuk menempah tempat mereka dalam pusingan kebangsaan sebelum yang terbaik dipilih untuk bertarung di pusingan akhir serantau.

Susulan itu sebuah perlawanan pertunjukan telah dipamerkan dalam talian oleh Facebook Gaming creators terkemuka di seluruh Asia Tenggara (https://fb.gg/v/acnbIxo7IL/) pada 21 Disember 2021 untuk memaklumkan kepada penonton pasukan mana yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan kebangsaan dan siapakah pasukan jemputan untuk perlawanan akhir.

Bukan sekadar acara e-sukan hujung minggu yang biasa, Squad Up: Athena, kejohanan e-sukan wanita yang pertama ini berlangsung dari 7 hingga 9 Januari untuk pusingan kejohanan peringkat Malaysia, Indonesia dan Filipina, dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 15 Januari 2022.

Pemenang dari peringkat kebangsaan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM21,000 (Malaysia, Indonesia, Filipina) dan pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM42,000.

Ketua Kandungan Permainan RMG, Adrian Lai berkata, “Kami sangat teruja untuk membawakan bukan sahaja kejohanan e-sukan wanita yang pertama, malah kejohanan e-sukan Mobile Legends wanita yang pertama kepada para peminat gaming. Kami sedar wanita kini menuntut kesaksamaan dalam kejohanan e-sukan kerana mereka membentuk 44% gamers di dunia.

“Kami percaya bahawa kejohanan memperkasakan wanita di IGN SEA akan menarik pemain dari kedua-dua jantina dan akan merapatkan jurang dalam senario e-sukan tempatan,” tambahnya.

Ketua Pegawai Operasi RMG, Nicholas Sagau menambah, “Pandemik baru-baru ini telah menjejaskan banyak industri termasuk e-sukan. Melihat situasi terkini yang semakin pulih, kami yakin industri e-sukan akan bangkit dan kembali meriah semula dan orang ramai boleh menjangkakan untuk melihat lebih banyak inisiatif e-sukan yang menarik daripada kami.

“Squad Up: Athena adalah inisiatif pertama daripada banyak lagi inisiatif yang telah dirancang untuk menghidupkan kembali momentum e-sukan untuk tahun ini. Kami berharap ramai orang dapat berganding bahu dan turut serta bersama dengan usaha kami,” tambahnya lagi.

Bersedia dengan apa sahaja peranti kegemaran anda, duduk, relaks dan nikmati perlawanan! Dapatkan maklumat lanjut tentang Squad Up: Athena atau sebarang hal berkaitan permainan di https://sea.ign.com/. Game on! Nantikan juga Squad Up: edisi Terbuka dan Merdeka akan datang tidak lama lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 May 2018
Featured Thu, 23 Dec 2021

Sebak… Kereta Hasil Titik Peluh 7 Tahun Dihanyutkan Banjir, Wanita Ini Reda Baru 3 Bulan Sempat Pakai

Banjir yang melanda negara tahun ini adalah antara banjir yang terburuk dan telah meragut kehilangan nyawa serta harta benda. Nuarjan Sulaiman, 36, seorang penduduk di Hulu Selangor terpaksa menanggung kekecewaan dengan apa yang terjadi setelah […]

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Saya Dapat Jemputan, Tapi…” – Beto Kusyairy Sahkan Turut Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Ramai juga yang tidak hadir untuk malam gala Mat Kilau di Indonesia hari ni..

Featured Thu, 30 Dec 2021

Ugut Mahu Bakar Rumah Jika Bapa Tak Beli Burger, Lelaki 29 Tahun Dipenjara

Mahkamah Majistret Selayang pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang lelaki yang membuat ugutan untuk membakar rumah jika bapanya tidak membeli burger untuknya dengan segera. Memetik laporan BERNAMA, Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi, […]

Trending Sat, 27 Oct 2018

‘Tak Apa, Muntah Je…’, Gambar Abang Bomba Pangku Si Comel Curi Tumpuan Netizen

Salute! Abang Bomba ni memang terbaik, semoga terus dilindungi Allah SWT ketika menjalankan tanggungjawab.

Hiburan Fri, 2 Jun 2023

Zarina Zainoordin Minta Agar Doa Cepat Dipertemukan Jodoh, Dedah Sudah Bercinta 10 Tahun

Kita doakan jelah semoga zarina mendirikan rumah tangga secepat mungkin

Trending Sat, 22 Feb 2025
error: Content is protected !!