Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 10, 2023 @ 6:16pm

Jasmine Suraya Umumkan Berehat Daripada Berlakon, Kejar Impian Di Los Angeles! – “Saya Orang Malaysia Pertama Yang Diterima Masuk…”

Pelakon Jasmine Suraya mengumumkan bakal melanjutkan pengajian di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg di Los Angeles, Amerika Syarikat dan merupakan rakyat Malaysia pertama diterima di akademi berprestij itu.

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia seni bagi menjalani pengajian ‘Method Acting’ selama setahun disana bermula Januari tahun hadapan.

“The process to apply was very tough. Saya kena tulis two essays, I had to go to audition and interviews. Memang sangat susah untuk diterima masuk dan bila dapat offer tu, saya terkejut nak terima atau tidak. Tapi masa tu saya fikir ini adalah once in a lifetime opportunity.

“Bagi saya susah nak buat keputusan sebab saya dapat banyak tawaran berlakon. Ada dari Indonesia, dipelawa membintangi cerita Khunsa, OTT. Tapi saya rasa sangat penting sambung pengajian,” katanya semasa ditemui di majlis Brunch with Jasmine Suraya di Sudu House, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Mengulas lanjut tentang pengajian tersebut, akademi itu pernah menempatkan alumni terkenal termasuk Marilyn Monroe, Scarlett Johansson, Angelina Jolie, Al Pacino, Lady Gaga, Chris Even dan ramai lagi.

“Saya mohon awal tahun ini tapi dapat keputusan agak lambat pada Julai. Saya memang pilih akademi ini kerana reputasi dan alumni-alumninya yang pernah memenangi Oscars. I want to learn from the best.

“To be the only Asian accepted this year, ini adalah satu penghormatan. Akademi itu adalah satu-satunya institusi yang menawarkan bidang ‘method acting’ dalam dunia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jasmine ada memohon untuk mendapatkan tajaan dana daripada beberapa agensi kerajaan dan masih menunggu maklum balas bagi membantu kos pengajiannya yang berjumlah sekitar RM300,000.

Ia termasuk badan kerajaan di Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Saya percaya, bidang seni ini walaupun ada pihak anggap tidak begitu penting, tetapi bidang seni juga mampu membawa keuntungan kepada sektor ekonomi negara.

“Berilah peluang kepada kami anak-anak seni ini untuk raih ilmu yang terbaik dan kemudiannya dapat kembali berbakti kepada industri perfileman negara,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

‘ Belum Pernah Saya Tak Bayar Gaji’- Che Ta Jawab Dakwaan Pemandu Peribadi

Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi.

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

Enot Bangkit Semula Dengan #YouCanDuit

Enot kembali memeriahkan dunia lakonan akhirnya terlaksana dengan membintangi teater muzikal seminar pertama di Malaysia berjudul #YouCanDuit

Featured Wed, 10 Aug 2022
Events Mon, 19 Nov 2018

Check out These Music Events Happening in December All Around Malaysia

It’ll be a fun way to end 2018 with live music, some drinks and lots of friends.

Trending Fri, 15 Jan 2021
Trending Thu, 15 Jul 2021

Semak Cara Mohon Bakul Prihatin Negara, Khas Buat Keluarga Yang Terkesan

Bakul Prihatin Negara adalah bantuan untuk keluarga yang terkesan ♥

Featured Mon, 8 Mar 2021
Featured Mon, 2 Dec 2024

“Ambil Seberapa Banyak Yang Awak Nak”- ‘Letak’ Kepercayaan Pada Khairul Aming, Pemilik Mydin Tawar Bantuan Buat Mangsa Banjir

Datuk Ameer Ali Mydin memberi kepercayaan penuh kepada anak muda asal Kelantan itu dalam usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

error: Content is protected !!