Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah January 9, 2022 @ 12:53pm

Beg Tangan Mewah Diperbuat Daripada Kulit Oren

Siapa sangka kulit buah oren yang kita selalu buang boleh dijadikan sebuah beg tangan yang cantik?

Seorang pereka seni makanan dan ahli gastronomi molekul dari Jordan, Omar Sartawi telah mencipta sebuah beg tangan yang mesra alam.

 

Omar menerusi video yang dimuat naik oleh Reuters menunjukkan caranya membuat beg tangan daripada kulit oren.

“Saya beli oren di pasar ini. Saya ambil kulit dia dan mulakan proses pembuatan melalui peringkat yang berbeza. Ia mengambil masa sekitar dua minggu untuk menjadikan material itu keras.

“Selepas itu saya bawanya kepada alat yang kita panggil ‘fabrikasi digital’ untuk jadikan reka bentuk yang kita mahukan dan potong kulit yang keras itu menggunakan laser. Kemudian saya ratakan dia supaya kita tidak menghadapi sebarang masalah dengan permukaan beg.

Tujuan penciptaannya ini adalah untuk mencipta produk mewah yang mesra alam.

Omar juga pernah mencipta topeng muka dan khemah daripada kulit terung.

 

“Satu benda yang saya tengah lakukan sekarang adalah memproses kulit buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kaedah baru supaya ia boleh digunakan sebagai bahan yang mesra alam dan jadikan ia sebuah produk yang berjenama mewah.

“Kita boleh mencipta barangan mewah dengan reka bentuk moden menggunakan teknologi yang ada,” kata Omar.

Menurutnya, dia menggunakan kulit buah-buahan dan sayur-sayuran itu di dalam fesyen, aksesori, beg tangan berjenama dan perabot.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Mar 2026

Nas-T Kongsi Tradisi Baju Raya Sedondon Itu Wajib, Akui Aidilfitri Tak Sama Tanpa Arwah Ayah & Adik

Pelakon Nas-T berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengakui sambutan Aidilfitri sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang.

Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Trending Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Featured Mon, 16 Sep 2024
Hiburan Fri, 9 May 2025

[VIDEO] “Jangan Kau Mimpi Aku Akan Jatuh!” – Nilam Ortiz Dah Pasang ‘Bodyguard’, Tak Hirau Kecaman Netizen

Nilam menegaskan dia tidak peduli atau terkesan sama sekali dengan kritikan

error: Content is protected !!