Trending By: Padin January 27, 2022 @ 5:54am

Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain.

Dalam hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya, DSV memohon kemaafan susulan video pendek yang tular di media sosial baru-baru ini.

DSV yang menutup ruangan komen di hantaran terbabit turut memohon maaf terhadap kakak Anuar, penyanyi Ziana Zain serta ahli keluarga mereka.

“Saya Datuk Seri Vida mohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar. Saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni (video) dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang ni muncul,” katanya.

Dalam pada itu, DSV turut berhajat untuk bersua dengan Anuar secara peribadi.

“Apa pun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat sangat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan macam ini, kekalutan.

“Apa lagi yang dapat saya ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya Datuk Seri Vida dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, tular satu video DSV di TikTok dimuat naik oleh netizen yang berang dengan tindakan usahawan itu.

Netizen terbabit telah mengulang siar video Instagram Live DSV yang memaparkan aksi pelantun lagu I Am Me itu menjawab saranan seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar.

Namun secara berbisik, Vida membalas pertanyaan tersebut dengan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya diungkapkan.

Netizen yang berang dengan tindakan DSV mula menyerang usahawan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

Malah, kakak kepada Anuar, Ziana juga turut menulis ‘sangat biadap’ di ruangan komen video terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 May 2023

[VIDEO] Chan Yeol Terkejut Munabella Boleh Bertutur Bahasa Korea

sekarang ni semua pandai cakap bahasa korea pengaruh kdrama kuat sangat

Trending Wed, 9 May 2018
Featured Wed, 13 Oct 2021

“Tak Habis Fitnah Orang Lain & Promote Kebodohan Sendiri..”- Ustaz Abu Syafiq Promosi Sijil Vaksin Palsu, Netizen Minta Ambil Tindakan

Baru-baru ini tular mengenai kes seorang pendakwah yang dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq mengupas beberapa isu sensitif berkaitan agama di laman sosialnya yang boleh mengundang salah faham orang ramai. Terbaru, Abu Syafiq sekali lagi menjadi […]