Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 23, 2024 @ 4:28pm

Dr Say Pernah Terima Gaji Puluhan Ribu Sebagai Content Creator – “Amaun Itu Saya Caj Untuk…”

Personaliti media sosial, Dr Say Shazril mendedahkan dia pernah menerima bayaran pulihan ribu ringgit sebagai ‘content creator’.

Ketika ditemui XTRA, Dr Say berkata dia menetapkan jumlah RM10,000 hanya sebagai tetamu jemputan dalam mana-mana acara.

“Mengenai gaji content creator yang mencecah puluhan ribu, terus terang cerita ya, saya ada menerima.

“Untuk event appearance saya akan caj sebanyak RM10,000 iaitu hanya untuk saya datang ke event sahaja, dan ada masa yang ditetapkan dalam empat jam saja.

“Tapi, bila terima amaun sebanyak itu kita perlu ‘declare’,” katanya.

Tambahnya, setiap content creator perlu menetapkan nilai yang setimpal dengan usaha dan hasil kandungan digital yang mereka ciptakan.

“Sebagai content creator kena tahu nilai diri kita berapa. Jadi janganlah semata-mata nak sapu semua, kita letak harga yang murah nanti susah di kemudian hari,” katanya.

Dr Say berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Sun Spectrum + oleh Avenys, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Dr Say tidak menafikan ada segelintir pihak mempertikaikan jumlah bayaran tersebut kerana menganggap tugas sebagai content creator ini mudah.

Namun jelasnya lagi, amaun RM10,000 itu merangkumi pelbagai aspek antaranya seperti memikirkan jalan cerita, membuat skrip, menyunting video dan lain-lain.

“Ia bukan seperti buat satu video dapat berpuluh ribu, tidak. Yang saya dapat itu contohnya kontrak untuk buat enam video.

“Saya rasa amaun itu berbaloi dengan segala effort yang kita lakukan. Orang ingat menjadi content creator ini senang hanya ambil telefon dan rakam video. Tetapi sebenarnya kita perlu berfikir jalan cerita video, , skrip, editing dan sebagainya.

“Jadi bagi saya munasabah dan masuk ajal saja berpuluh ribu itu,” katanya.

Artikel Berkaitan: Insiden Maid Bawa Lelaki Masuk Rumah, Isteri Dr Say Skeptikal Dengan Pembantu Negara Seberang

Artikel Berkaitan: Dr Say Dedah Maid Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah Dibayar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Nov 2018

3 Wanita Terkandas di Korea Selepas Membuat Pembedahan Plastik

Gambar pasport adalah pengenalan diri individu, jika ingin membuat pembedahan plastik diluar negeri, sila fikir dahulu ye

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Aku Akan Tolong Adik-Beradik Yang Susah Sampai Semua Berharta” – Kak KM

Kak KM tak sanggup tengok adik-beradik dalam keadaan susah

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

SYUKUR, SUAMI MAHU DALAMI ISLAM-LANA NODIN

Menerusi akaun instagram Lana, dia mengetahui hal tersebut selepas memeriksa telefon suaminya dan mendapati perbualan antara suaminya dengan seseorang yang boleh mengajar David mendalami ilmu agama.

Hiburan Wed, 5 Feb 2025
Hiburan Tue, 17 Dec 2024

Ada Yang Siap Cium Dahi & Pipi, Minta Nombor Telefon Peribadi… Ayda Jebat Terkedu Dengan Ragam Peminat 

Ada peminat datang terus cium pipi dan dahi, Ayda Jebat terkedu dengan ragam peminat

error: Content is protected !!