Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 27, 2022 @ 5:57pm

Iqbal Zulkefli Dakwa DSV Ada Penyakit Narcissistic Personality Disorder – “Kalian Tidak Sedarkah Beliau Sering Membuli Orang Untuk Menaikkan Nama Sendiri?”

Usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli mendakwa jutawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD).

Ketika dunia hiburan dihangatkan dengan isu yang membabitkan DSV dan penyanyi tersohor Anuar Zain, Iqbal yang merupakan bekas kekasih dan bekas pembantu peribadi pelantun lagu I Am Me itu meninggalkan komen mengenai DSV di ruangan Instagram Stories miliknya.

“Saya rasa Datuk Seri Vida ada penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD). Kalian tidak sedarkah beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri?

“NPD adalah orang yang suka memanipulasi, suka menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran,” tulisnya.

Tambah Iqbal, orang yang menghidap penyakit NPD tidak sedar dirinya sedang menipu.

“Kadang orang berpenyakit in tidak sedar dirinya sedang berbohong. Suka berfantasi dirinya paling berkuasa. Orang yang mengalami masalah mental ini akan membuatkan mangsa sengsara jika tidak dapat apa yang dinginkan,” tulisnya lagi.

Terdahulu, tular satu video DSV di TikTok dimuat naik oleh netizen yang berang dengan tindakan usahawan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Netizen telah mengulang siar video Instagram Live DSV yang memaparkan aksinya menjawab saranan seorang pengikutnya supaya mendekati Anuar.

ARTIKEL: “Hati-Hati Bila Berkata… Jaga Anak Anak Sendiri Dahulu” – Ernie Zakri Buka Mulut, Beri Respons Terhadap Isu DSV & Anuar Zain?

Namun secara berbisik, Vida membalas pertanyaan tersebut dengan menyebut perkataan yang tidak sepatutnya diungkapkan.

Menerima kecaman netizen, akhirnya DSV memohon maaf menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Anuar Zain, Fazley Yaakob Tempelak DSV – “Shame On You! Kaya & Popular Tak Menjamin Adab…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Mar 2025

[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Akhirnya Buka Mulut, Kongsi Detik Pilu Allahyarham Akiko Terj*tuh Dari Tingkat 4

Ridzuan Ridzokumura tak pasti bagaimana Allahyarham Akiko boleh terjatuh

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Hiburan Tue, 7 Nov 2023

Pakai Loket Huruf ‘Z’, Rantai Emas Fyna Jebat Curi Tumpuan

Huruf Z kat rantai Fyna tu tanda apa ekk… 🤔 Z for Zainal? 👀

Featured Wed, 7 Jun 2023
Featured Tue, 20 Apr 2021

Ismail Sabri Nafi KKM Manipulasi Data Covid-19, Amaran Buat Penyebar Berita Palsu

Semakin ketat syarat rentas negeri yang dikenakan kerajaan, semakin banyak timbul khabar angin yang tidak sahih berkaitan data Covid-19. Isu ini kemudian telah mendapat respon Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tegas […]

Featured Thu, 21 Sep 2023
error: Content is protected !!