Euforia Bola 2026
Acara By: Padin January 29, 2022 @ 12:17pm

Teater Tanjong Beri Wadah Kepada Remaja & Kanak-Kanak

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh MyCreative, Cendana dan juga PRISMA.

Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan dan membentuk keyakinan diri menghadapi cabaran hidup sesuai dengan peredaran semasa.

Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung.

Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong.

Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa.

Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong.

Dibarisi oleh sebahagian besar pelakon remaja dan kanak-kanak, sutradara teater tersebut, Dr Ahmadrashidi Hassan ingin melihat naskah tersebut diangkat untuk memartabatkan seni teater yang kian pudar di Negeri Sembilan dan juga untuk memberikan wadah terbaik buat komuniti anak-anak muda Kelab Teater ASAR melakukan aktiviti bermanfaat semasa musim Covid-19 melanda.

Ini merupakan kali ketiga karya Tanjong dipentaskan dan pertama kali dilakukan secara maya. Kali terakhir pementasan Tanjong dilakukan adalah pada Disember tahun 2019 sebelum pementasan pada tahun 2020 terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19.

Walaubagaimanapun, setelah hampir dua tahun tertangguh, usaha untuk pementasan tetap diteruskan dengan mengubah format pementasan kepada format teater digital. Kelab Teater ASAR melakukan latihan bacaan skrip secara dalam talian melalui Google Meet dan rakaman teater dilakukan mengikut standard SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang bulan Oktober 2021.

Teater Tanjong akan dipentaskan secara digital melalui saluran Facebook dan juga Youtube Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan pada 29 Januari 2022, 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Sep 2018

Bayangkan Kediaman Mewah Setinggi 27 Tingkat Hanya Didiami Oleh 5 Beranak, Tak Takut Ke?

Kediaman mengagumkan itu dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan, terletak di selatan Mumbai, India

Acara Tue, 26 Mar 2019
Acara Fri, 22 Jun 2018

Kumpulan NSTP Lancarkan Hijab & Heels, Portal Gaya Hidup Pertamanya Untuk Wanita Moden

Portal ini menyasari golongan wanita berumur dari 18 ke 45 tahun tidak kiralah yang masih belajar ataupun sudah bekerja.

Featured Tue, 12 Feb 2019

Mengenakan bengkung sambil melakukan senaman tarian, berpeluh sakan dibuatnya!

Wow! peserta lelaki dan Erul AF pun ber’salsation’ sambil berbengkung? Terujanya!

Acara Fri, 28 Oct 2022

Aeril Zafrel Dedah Pernah Setahun Menyamar Jadi ‘Sis’ Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan pernah menjadi ‘sis’ ketika mula berjinak dalam perniagaan empat tahun lalu. Tidak mengupah pekerja untuk mengendalikan pesanan serta produk perniagaan, Aeril mengendalikan perkara terbabit bersama isteri, pelakon Wawa Zainal. “Hampir setahun […]

Gaya Hidup Wed, 6 Mar 2019
Featured Wed, 3 Jun 2020
Featured Sat, 8 Sep 2018

Anak Sulung Jessica Alba Dah Besar Panjang & Mirip Rupa Ibunya

Tak sangka yang Jessica Alba dah menjadi ibu selama sedekad.

error: Content is protected !!