Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops June 22, 2018 @ 1:00pm

Kumpulan NSTP Lancarkan Hijab & Heels, Portal Gaya Hidup Pertamanya Untuk Wanita Moden

Setelah beroperasi sejak Januari lalu, portal gaya hidup untuk wanita moden Hijab & Heels akhirnya dilancarkan secara rasmi sempena acara Festival Anggun Life yang berlangsung awal bulan ini di Johor Baru.

Menyasarkan wanita Islam yang berusia di antara 18 dan 45 tahun, tidak kira pelajar, pekerja mahupun suri rumah, portal ini menawarkan tip serta informasi tentang trend gaya hidup yang terkini.

Antara kandungan yang disediakan termasuklah segmen kecantikan dan fesyen, kesihatan, kekeluargaan serta makanan dan travel.

Hijab & Heels juga merupakan jenama platform digital pertama yang dilancarkan oleh pasukan Gaya Hidup Wanita Vertikal Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).

Vertikal ini adalah hasil daripada gabungan pasukan editorial dengan bahagian pembangunan produk dan pengurusan jenama syarikat tersebut.

Pengurus Besar Gaya Hidup Wanita Vertikal, Angeline Tan Leng Ean berkata Hijab & Heels diwujudkan untuk menarik minat wanita yang mempunyai keinginan yang tidak terbatas terhadap kehidupan seharian.

“Di sinilah tempatnya di mana wanita boleh mengikuti trend terkini dan cara bagaimana mencapai keyakinan diri lebih tinggi dan motivasi yang betul untuk berubah.

“Kami akan memberi pandangan dan nasihat yang terbaik untuk mereka dalam menghadapi perubahan ini dengan jayanya,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (PERSADA).

Sebahagian daripada majlis pelancaran portal tersebut, Hijab & Heels telah mengadakan demonstrasi menggayakan hijab bersama wanita “Instafamous” Sharifah Rose, serta tutorial makeup bersama jurusolek terkenal Kak Mek.

Pengunjung festival Anggun Life berpeluang untuk mendapatkan tip-tip penting tentang makeup serta pemakaian hijab daripada individu undangan istimewa ini.

Foto: NSTP

Selain itu, 10 pemenang bertuah berpeluang untuk menikmati hidangan berbuka puasa bersama pelakon kacak Remy Ishak, sempena mempromosikan filem terbarunya Pulang yang diterbitkan oleh Primeworks Studios.

Foto: NSTP

Sementara itu, majlis pelancaran Hijab & Heels telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Farnida Ngah.

Turut hadir adalah Pengarah Urusan MPB, Datuk Kamal Khalid; dan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

Foto: NSTP

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 30 Jun 2023

SoundCircus Festival 2023 Kembali 29 Julai!

Wah dah tak lama lagi mesti gempak habis!

Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Acara Wed, 24 Oct 2018

Warga JB, Jom Singgah Ke Karnival Jom Heboh Di Angsana Mall Hujung Minggu Ini!

Jangan lupa singgah di booth Hijab & Heels juga ya!

Acara Wed, 13 May 2020

UPSC sumbang 1,000 bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan

Inisiatif bagi hargai pengorbanan mereka

Acara Fri, 26 Apr 2019

Mencari makanan kucing halal dan bermutu? Powercat ada jawapannya

Powercat perkenal Elizabeth Tan sebagai duta

Acara Thu, 7 Jun 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kunjungi Anggun Life

Anda wajib kunjungi Festival Anggun Life di Johor Bahru!

Acara Mon, 8 Jan 2018

Bukan Sebab Bahagia Tapi Stres Sebenarnya Punca Badan ‘Naik’. Ini 6 Buktinya!

“Amboi, sejak akhir-akhir ni, makin berisi Mak Long tengok. Makin bahagia kamu sekarang ya?” Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya. Kajian menunjukkan berat […]

Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]

error: Content is protected !!