Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 29, 2022 @ 6:59pm

“Dengar Faizal Tahir Nyanyi Senang, Bila Tiba Giliran Saya….” – Vanessa Reynauld

Penyanyi Vanessa Reynauld ternyata tercabar apabila menyanyikan lagu baharunya berjudul Buat Ku Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir dan Mage.

Hakikatnya, pengalaman menyanyikan lagu itu membuatkan dia tersentak bahawa banyak lagi harus diasahnya untuk menjadi penyanyi yang baik.

“Sebenarnya bila dengar nyanyian demo Faizal untuk lagu ini, nyanyiannya kedengaran begitu senang. Tetapi, apabila giliran saya untuk nyanyikannya, susah gila! Lagu ini ada turun naiknya dan sangat teknikal.

“Daripada suara dada kepada suara kepala, tiba-tiba tukar sana sini. Lagu ini sangat susah sebenarnya daripada segi pernafasan adalah paling penting. Saya turut berdepan kesukaran untuk menyuntik ‘feel’ terbaik kerana perlu titikberatkan teknik, perasaan, dan agak sulit mulanya.

“Selepas berlatih banyak kali, barulah saya dapat rentak itu. Akhirnya dapat juga kami rakamkannya sebagaimana yang kami mahukan. Secara peribadi, lagu ini agak asing untuk saya dan berbeza dengan lagu-lagu terdahulu saya atau lagu yang dibawakan dalam pertandingan.

“Lagu sebelum ini banyak kepada balada biasa yang sudah sebati penyampaiannya dalam nyanyian saya. Buat Ku Sempurna memang sangat berbeza dan saya tak pernah bergelut untuk nyanyikan melodi balada sebegini. Lagu ini tidak dinafikan lagu paling susah pernah saya nyanyian setakat ini,” katanya.

Keputusan menyanyikan Buat Ku Sempurna dibuat pantas oleh Vanessa tanpa sebarang keraguan.

Dia akui tidak perlu pun ulang banyak kali mendengarnya kerana sekali dengar, dia terus sukakannya kerana melodi dan struktur lagunya sangat unik.

“Bila mendengarnya, saya memang nak sangat nyanyi lagu ini tanpa wujud sebutir keraguan. Lagu ini mengisahkan seseorang yang berada dalam sebuah perhubungan dan dia sudah melakukan kesilapan.

“Pasangannya tidak dapat memaafkannya kerana kesilapan itu terlalu besar. Maka, mereka tidak mampu kembali kepada corak hidup terdahulu sebelum kesilapan itu berlaku. Memang agak mendalam juga lagu ini,” katanya.

Apapun, Vanessa turut mengakui ada cabaran lain yang perlu dikuasainya demi memastikan hasil akhir lagu ini disempurnakan dengan jayanya. Dia harus keluar dari kepompong cara nyanyian kebiasaannya dalam melunaskan lagu balada.

“Lagu ini berat kepada saluran emosi dan penyampaiannya kena disampaikan dengan penuh kelembutan. Itu yang sebenarnya menjadi cabaran besar buat saya kerana kebiasaannya, saya buka mulut nyanyi saja, terus tembak pada nota tinggi. Untuk lagu ini, pengawalan perlu berhati-hati dan jaga rapi transisi suara.

“Semestinya saya berharap besar ramai akan sukakan lagu ini dan menerimanya dengan hati terbuka. Paling penting, semoga keseluruhan lagu mampu berkait dengan kisah orang ramai. Kita semua pasti pernah menempuh pengalaman berbeza mengenai kehidupan. Saya harap sangat ia mampu sampai ke dalam hati dan menyentuh sanubari pendengar,” katanya.

Buat Ku Sempurna boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Dec 2022
Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Featured Wed, 22 Feb 2023
Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Wed, 27 Aug 2025

“Penyanyi Wanita Kegemaran Saya Amira Othman” – Fattah Amin

Fattah Amin suka penyanyi kegemaran wanita Amira Othman

Trending Tue, 11 Jun 2019

不是突变!天然「蓝蕉​​」世界罕见

你也许看过黄香蕉、绿香蕉、短短的芭蕉,但是你有看过「蓝色香蕉」吗?

Featured Fri, 25 Aug 2023

Marsha Pilih Kunci Mulut, Enggan Ulas Isu Kontroversi Babitkan Nad Zainal – “Saya Gembira Dia Dah Bahagia’

Doa jelah baik-baik eh, pening min tengok sindir-sindir ni. Ops!🫰🫰🫰

Featured Thu, 11 Aug 2022

Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

Fikir soal kematian, sedia ke nak tanggung dosa penonton – PU Syed

error: Content is protected !!