Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 29, 2022 @ 7:16pm

‘Milik’ Papar Transisi Kedewasaan Irfan Haris

Setahun tidak muncul dengan sebarang produk, penyanyi Irfan Haris muncul dengan single terbaharu berjudul Milik.

Single yang berentak pop moden ini telah dicipta oleh Irfan sendiri bersama barisan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Mike Chan, Ajay Amai, Nick Ariff, Glow Rush, Nappie Hassan dan Kaler-J.

“Lagu ini berkisar tentang kisah percintaan dalam sebuah perhubungan yang asalnya merupakan hubungan di antara dua rakan baik yang kemudiannya ‘hati’ rakan baiknya itu menjadi miliknya, dan hubungan itu menjadi sangat istimewa buat lelaki tersebut.

“Pada kali ini saya membawakan genre pop moden yang tak pernah saya nyanyikan sebelum ini kerana inginkan kelainan dan mencuba sesuatu yang baru, selain mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.

“Lagu ini juga turut memaparkan sisi vokal yang lebih dewasa sesuai dengan usia saya sekarang,” katanya.

Penuntut tahun akhir jurusan diploma dalam bidang Seni Hiburan di KDU University College ini memilih untuk memberi fokus kepada bidang pelajaran terlebih dahulu.

“Pihak pengurusan Rocketfuel tidak pernah menghalang hasrat saya yang ingin meneruskan pelajaran dan mereka sangat memahami kehendak saya yang mahu menimba ilmu terlebih dahulu.

“Bayangkanlah ketika pandemuk, saya terpaksa melakukan aktiviti kuliah secara atas talian seperti berlakon, menyanyi dan menari, dan ternyata ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

“Saya berharap agar pendengar dapat menerima lagu ini kerana ia nyata berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini. Dalam usia 20 tahun, saya harus lakukan sesuatu yang segar dan baru untuk terus berkembang sebagai seorang penyanyi,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Dahlia Rizal Hamil? Imran Aqil Mohon Doakan Yang Terbaik

Imran Aqil memilih privasi untuk tidak menguar-uarkan mengenai berita kehamilan isterinya, Dahlia Rizal.

Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Mon, 15 Dec 2025

“Menantu Aku Handsome, Anak Aku Cantik” – Gelagat Ibu Erra Fazira Curi Tumpuan, Netizen Puji Mr. E Pandai Ambil Hati Ibu Mentua

ibu aktres filem popular Sembilu ini juga turut menunjukkan isyarat tangan sepadan dan sesuai

Hiburan Thu, 22 Feb 2024
Trending Wed, 18 Dec 2024

Pempengaruh Bulan Terima Cemuhan Gara-Gara Imej S*ksi – “Saya Hanya Jual Kopi, Bukan Jual Tub*h!”

Bulan mendedahkan pernah menerima mesej berbaur lucah susulan imejnya yang seksi.

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Thu, 6 Oct 2022
error: Content is protected !!