Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 30, 2022 @ 2:00pm

Moratorium Wajar Dilanjutkan Untuk Tempoh 6 Bulan Lagi – Pakar

Moratorium yang berakhir esok wajar dilanjutkan untuk tempoh minimum enam bulan lagi kerana pemulihan ekonomi negara masih belum tercapai, sekurang-kurangnya setara dengan lanjutan yang berlaku pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Menurut Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, buat masa ini terdapat banyak petunjuk bahawa ekonomi negara tidak akan pulih dengan pantas.

Tambahnya lagi, bencana banjir yang melanda sekitar Lembah Klang pada Disember lalu turut menjejaska kehidupan rakyat dan sebahagian besar perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Malah, ia turut memburukkan keadaan ialah kemunculan varian Omicron yang memberikan ancaman semula kepada ekonomi dunia dan Malaysia disamping penangguhan pembukaan sempadan antarabangsa yang sepatutnya berlaku 1 Januari lalu.

“Lanjutan moratorium bukan secara automatik tetapi menerusi tawaran langsung daripada bank kepada pelanggan, ia boleh diberikan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa kementeriannya  akan mengemukakan cadangan kepada institusi perbankan mengenai pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir esok.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian Kewangan Bercadang Lanjutkan Moratorium – Tengku Zafrul

 

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Mar 2019

Senaman Tabata Buat Lemak Anda Menangis

4 minit Tabata sama seperti 40 minit berjoging!

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

ADUN Balakong Maut Kemalangan

Salam takziah buat keluarga Ng Tien Chee… ADUN Balakong ini dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Events Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Featured Wed, 16 Feb 2022
Trending Wed, 12 Jun 2019

Pengakhiran ‘Derita’ Ainul Mardhiah..

Pengakhiran penderitaan Ainul Mardhiah..

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
error: Content is protected !!