Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 4, 2022 @ 12:07pm

Usop Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah – “Saya Ingin Menjadi Suami Yang Terbaik..”

Penyanyi Usop, 24, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim atau Teha, 25, pada jam 10 pagi tadi di Kompleks Darul Hidayah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Akad Nikah Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor dan Teha disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Haji Harun Idris dan berwalikan Md Hashim Nordin (bapa pengantin perempuan) serta bersaksikan Muhammad Firdaus Md Hashim (abang pengantin perempuan) dan Mohd Noor Ismail (bapa pengantin lelaki).

Dalam majlis pernikahan ini, sembilan dulang hantaran disediakan oleh pihak perempuan dan tujuh dulang hantaran disediakan oleh pihak lelaki manakala mas kahwin sebanyak RM3,000 beserta seutas gelang tangan menjadi pelengkap acara membatalkan air sembahyang.

Terdahulu, Usop dan Teha mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Putus Asa Walau Kena Reject… Berani Jumpa Family Saya” – Usop Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari 2022 di Kulim, Kedah.

Berkongsi kisah percintaan mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak dua tahun lalu diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar pasangan suami isteri.

Untuk info, Teha berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang serta menjana pendapatan sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.

Menurut Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Teha sehingga ke anak cucu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Teha. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” kata Usop.

Ketika berbicara mengenai perancangan cahaya mata, pelantun lagu Aku Yang Bersalah ini menyerahkannya kepada ketentuan takdir.

“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

“Tapi buat masa ini, fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Teha bahagia bersama saya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Laki Kalau Pukul Perempuan, Dayus!” – Usop Nafi Pukul Tunang Hingga Mata Lebam

Kredit foto: @kakiklikphotography

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2024

[VIDEO] Hebatnya Lakonan! Sharifah Sakinah Kongsi Babak Ludah Muka Azhan Rani – “Dia Boleh Jilat Balik Air Liur Aku” 

Perghhhh, reall ya Sakinah ludah muka Azhan Rani 🥵 Masing masing pelakon gred A+++!

Trending Sat, 2 May 2020

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini- KPM

Buat yang bakal menduduki peperiksaan..

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

[VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Alamak, apa maksud Nilam ni? Kifarah dalam bentuk macam mana Ira kena tu? 😌

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Selalu Gaduh Manja Fikir Nak Makan Mana… Aedy Ashraf Kongsi Cara Pujuk Amelia Henderson

Isu nak makan mana ni memang punca gaduh gaduh manja kannn

Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Selebriti Sat, 7 Oct 2023
Trending Sat, 3 Mar 2018

Tempah Uber Ketika Mabuk, Rupanya Tersalah Set Balik Rumah

Dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,635 (RM6,426) kerana tersalah set balik rumah iaitu kampung halaman

error: Content is protected !!