Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Trending By: Padin February 5, 2022 @ 12:56pm

Apa Yang Terjadi Kepada 5 Members ‘Master In The House Malaysia’ Bila Datuk Yusof Haslam Beri Tugasan Mencabar?

Episod minggu lalu, penonton telah menyaksikan perkongsian Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Master dan gelagat lucu lima members iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam melaksanakan tugasan yang diberi.

Episod keempat yang bakal bersiaran malam ini semakin mencabar! Master kali ini merupakan seorang pengarah, penerbit dan pelakon yang berjaya, disegani, berpengaruh dan berkarisma iaitu Datuk Yusof Haslam.

Beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dan berdisiplin. Dalam episod ini, beliau tidak kedekut berkongsi tips bagaimana untuk menjadi artis yang berjaya kepada members.

Memandangkan Datuk Yusof Haslam adalah seorang pakar dalam bidang produksi yang membabitkan aksi-aksi lasak bercorak kepolisian, apakah cabaran yang perlu ditempuhi oleh members kita pada kali ini?

Adakah mereka perlu berlakon seperti dalam filem atau drama arahan beliau? Lebih mendebarkan apabila Datuk Yusof Haslam turut menjemput juri istimewa dan sudah semestinya menjadi kejutan kepada members semua. Siapakah juri istimewa itu?

Nantikan kejutan demi kejutan yang akan ditampilkan nanti. Kita tunggu dan lihat gelagat lucu kelima-lima members dalam menyelesaikan tugasan paling mencabar minggu ini. Berjayakah mereka menyelesaikan tugasan mereka dengan jayanya?

Semuanya akan terjawab dalam Master In The House Malaysia malam ini, 5 Februari, pukul 10.00 malam hanya di TV3.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Oct 2019

1,111 Metres Water Slide in Penang is So Crazy that It Set a New Guinness World Record

Even on the shortest of water slide we’ve already wet our pants, imagine how insane it would be sliding down a 1.1km one!

Featured Tue, 9 Jun 2026

“Pelajaran Terbesar Saya Adalah Tak Perlu Disukai Semua Orang” – Reen Rahim

Reen berkata, kebahagiaan sebenar bukanlah berlandaskan perhatian yang diraih, sebaliknya sentiasa dikelilingi insan ikhlas dan tidak hipokrit.

Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Aaisyah Tak Malu Depan Kamera, Che Ta Terbuka Jika Anak Mahu Jadi Artis

Che Ta sebelum ini menyangka Aaisyah seorang yang pemalu dan tidak yakin di hadapan kamera

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Featured Wed, 1 Mar 2023

Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Min pun tak tengok lagi citer ni, tapi klip tu dah tengok lah… 🙂

error: Content is protected !!