Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 5, 2022 @ 5:02pm

Istikharah Hasil Kolaborasi Kumpulan Nasyid Mestica Dengan Datuk Hattan

Kumpulan nasyid Mestica kini muncul dengan single baharu berjudul Istikharah, kolaborasi dengan penyanyi terkenal Datuk Hattan.

Selepas kali terakhir muncul dengan album Projek Palestin – Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013, kumpulan nasyid Mestica yang dianggotai Muhamad Razin Che Mud (Razin), Mohd Khairulnizam Zainol (Khairul) dan Khalil Khusairi Tarmizi (Khalil) mencuba sesuatu yang baharu.

Menurut Razin juga pencipta lagu Istikharah, ini adalah satu penghormatan buat mereka apabila Hattan bersetuju untuk berkolaborasi bersama Mestica dalam lagu itu.

Istikharah merupakan kerjasama pertama Bepositive Music dan juga Masyhur yang diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

“Untuk lagu ini tentunya kita meletakkan harapan yang tinggi apatah lagi ini kali pertama Mestica berduet dalam satu single dengan Hattan yang cukup besar namanya dalam industri muzik kita.

“Saya difahamkan Hattan sendiri tidak pernah terbabit produksi atau single bergenre nasyid. Ini satu penghormatan juga disebabkan Hattan memilih kami sebagai artis nasyid pertama yang beliau berkolaborasi untuk menghasilkan satu single.

“Tentunya satu penghormatan juga apabila Hattan bukan sahaja sudi berkolaborasi malah sudi menyanyikan lagu yang dihasilkan oleh Mestica sendiri. Kita mengharapkan lagu ini mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Mestica yang ditubuhkan pada 2003 ini antara kumpulan nasyid yang menjadi kegilaan pelajar universiti dan peminat irama itu dengan deretan lagu popular mereka.

Berkongsi lanjut mengenai lagu Istikharah, Razin berkata lirik lagu itu ditulis oleh isterinya, Mass Mohamad yang mana lagu itu adalah satu ‘subject matter’ yang jarang diangkat dalam nasyid ataupun lagu lain.

“Lagu Istikharah ini sebuah lagu yang cukup istimewa bagi Mestica yang mana ia adalah lagu yang memang dicipta khusus untuk Mestica dan dicipta oleh saya dan liriknya oleh Mass Mohammad iaitu isteri saya. Lagu ini adalah satu ‘subject matter’ yang jarang diangkat dalam nasyid ataupun lagu lain.

“Kadang-kadang mungkin ramai yang tidak tahu apa Istikharah itu. Tapi, apabila ia dijadikan inti ataupun isi kepada sebuah lagu maka lebih mudah untuk diterjemahkan yang mana Istikharah ini merujuk kepada solat yang dilaksanakan oleh seorang Muslim ketika berada dalam persimpangan untuk membuat keputusan.

“Ia sinonim dalam masyarakat kita bila nak mencari atau bertemu jodoh sama ada pilihannya betul atau tidak. Alhamdulillah, isi dan lagu ini saya kira sangat dekat dengan hati orang dan semua akan melalui proses ini sama ada dalam jodoh, kerjaya atau apa jua situasi,” katanya.

Sementara itu, Hattan menyifatkan lagu Istikharah adalah lagu yang memberi semangat dan sesuatu yang memberi perjuangan.

“Saya ‘salute’ apa yang Mestica cuba buat ini dan saya menyokong penuh single terbaharu ini. Proses penulisan lagu ini, saya tidak ada dalam penciptaan lagu ini. Saya hanya dijemput sebagai penyanyi. Jadi, saya rasa bahagian penulisan dan mengenai penceritaan lagu ini semua saya serahkan kepada Mestica.

“Dari segi proses rakaman lagu berjalan dengan begitu baik dengan bantuan daripada pakar nasyid kita iaitu Daqmie. Ia memberikan satu semangat dan memudahkan disebabkan tunjuk ajar beliau kerana saya tidak pernah buat rakaman nasyid sebelum ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Sat, 29 Jun 2024

Syafeek Ikhwan Bangkit, Tebus Kekecewaan Menerusi Lagu ‘Penunggu’

Sabarlah Syafeek, moga segala usaha dan penat lelah berbayar dengan rezeki mencurah-curah🤲

Featured Thu, 1 Apr 2021

“Kepom Pun Dah Tak Lama Dalam Industri” – Elly Mazlein Bakal Bersara Dari Dunia Hiburan?

Rezeki pengacara dan pelakon, Elly Mazlein semakin bertambah semenjak kemunculannya dalam drama bersiri Kampung People mulai mendapat perhatian. Menerusi Instagram rasminya, Elly memuat naik hantaran terbaru berkongsi mengenai rezeki anugerah Tuhan, malah dia juga menjelaskan […]

Featured Fri, 3 Oct 2025

Nadir Al Nuri Dedah Isr**l Sebar Video Propaganda, Dakwa Peserta GSF Pengganas… Kelibat The Helmi’s Curi Perhatian

Nadir memaklumkan bahawa sukarelawan terbabit kini sudah mula dibawa tiba di pelabuhan Ashdod.

Featured Tue, 11 Oct 2022

Diangkat Dari Kisah Benar, Filem Sayap-Sayap Patah Hampir Tidak Diterbitkan

Korang jangan lupa tengok! Sediakan tisu okay..😢

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
error: Content is protected !!