Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 8, 2022 @ 2:01pm

Tidak Ambil Dos Penggalak Punca Status Lengkap Penerima Vaksin Sinovac Terbatal

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media khasnya hari ini memaklumkan, semua individu berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac ini.

Menurutnya, jika terdapat individu yang gagal berbuat demikian maka, mereka dianggap sebagai individu berstatus tidak lengkap vaksinasi dan akan tertera di dalam aplikasi MySejahtera.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes COVID-19 Dijangka Meningkat Secara Mendadak Beberapa Minggu Lagi

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Bakal Perketat SOP Khusus Jika Kes COVID-19 Terus Meningkat

Selain itu, ia membabitkan semua penerima vaksin warga emas tidak kira jenis vaksin pertama dan kedua serta penerima vaksin Sinovac dewasa.

“Sekiranya tidak, sijil digital itu akan tukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.

“Saya setuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) bahawa ada keengganan penerima Sinovac, contohnya untuk terima dos penggalak Pfizer.

“Sebab itu saya sudah buat keputusan bahawa, kita lebih menggalakkan mereka menerima Pfizer dan Astra Zeneca, tetapi apa juga penggalak lebih baik dari tidak ada langsung. Sebab itu kita akan berikan janji temu untuk mereka pilih sekiranya mereka mahukan Sinovac bagi dos penggalak mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dijangka Tempoh 3 Bulan Akan Datang Lebih Kritikal – Khairy

ARTIKEL BERKAITAN:Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Suntikan Vaksin Akan Diteliti – Khairy Jamaluddin

Terdahulu, Khairy turut mengumumkan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi gelombang terbaharu ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengaktifkan semula  National Covid-19 Rapid Response Task Force (RRTF).

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 13 Jun 2022

OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Siapakah wajah terbaru Squid Game? Musim kedua bakal ditayangkan di Netflix.

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#AnggunLife : Nak Tukar Angin, Linda Onn Kini Bergelar Produser

Mantap! Semoga tahun 2019 membawa lebih banyak kejayaan buat Linda Onn.

Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.

Featured Thu, 10 Jul 2025
Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Tue, 27 Dec 2022
error: Content is protected !!