Euforia Bola 2026
Filem By: Atiqah Johari February 27, 2024 @ 12:48pm

Grand Brilliance Studio Tampil Dengan Filem ‘Reeza’, Gandingkan Alif Satar & Sophia Albarakbah Sebagai Teraju Utama!

Grand Brilliance Studio Sdn. Bhd. (GBSSB) tidak lagi menoleh ke belakang apabila terus rancak menerbitkan filem ketiga berjudul ‘Reeza’. Kejayaan filem pertamanya, Anak Perjanjian Syaitan 2 yang mengumpul kutipan box-office RM3.5 juta menjadi penyuntik semangat Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan pasukannya untuk terus menghasilkan filem yang memenuhi kehendak para penonton.

‘Reeza’ adalah sebuah filem bergenre romantik komedi aksi yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air iaitu Alif Satar, Sophia Albarakbah, Datuk Seri Eizlan Yusoff, Noki K-Clique, Nelissa Nizam, Ropie, Yassin Senario, Man Raja Lawak, Mas Anizan, Cat Farish, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Filem ini telah menjalani penggambaran bermula 7 Feb 2024 dan bakal berakhir pada penghujung bulan ini di sekitar Lembah Klang, Melaka, Pahang, dan Selangor. Antara cabaran utama penggambaran ‘Reeza’ adalah untuk menyiapkan babak aksi pergaduhan dan aksi kereta di dalam cuaca panas yang melanda negara sekarang ini.

Namun, dengan komitmen penuh para pelakon dan krew, semua hampir berjaya dihabiskan dalam waktu yang dijadualkan. Penerbit yakin filem ‘Reeza’ ini mampu memikat hati penonton apabila ia menggabungkan tiga genre popular seperti romantik, aksi dan komedi.

‘Reeza’ mengisahkan tentang seorang seorang lelaki biasa yang hanya berkerja di stor lelongan kereta tarik (auction garage). Walaupun dia adalah pemegang diploma kemahiran, dia lebih selesa bekerja di situ demi menjayakan misi peribadinya. ‘Reeza’ tiada kawan apatah lagi teman wanita. Sehinggalah pada suatu hari ‘Reeza’ telah terjumpa seorang gadis bernama Myra dari dalam bonet kereta yang ditarik ke stornya itu. Apakah nasib ‘Reeza’ selepas itu? Nantikan!

Selain itu, pada pertengahan tahun ini, GBSSB melalui Primeworks Studio akan merancakkan pawagam dengan karya kedua iaitu Saka Perawan, sebuah filem seram komedi yang telah hampir siap sepenuhnya untuk ditayangkan.

Manakala ‘Reeza’ dijadualkan bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini. GBSSB ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah dan akan memberi sokongan padu kepada semua filem tempatan yang berada di pasaran.

Artikel Berkaitan: Doa Alif Satar Dimakbulkan, Sonny Bill Williams Hadir Ke Program #GengSubuhMacamJumaat Di Putrajaya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 18 Jun 2022

Elisya Sandha Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Beri Nama Bunga El Haq

Tahniah buat Elisya dan Uzair ❤️ Wah, mesti sis Sheila Rusly & Tok Sidang happy dah naik pangkat jadi Nana & Dada 😍 Apapun selamat berpantang buat Elisya Sandha 🥰

Featured Wed, 26 Oct 2022

Percutian Jadi Detik Cemas, Ben Amir Dedah Ditahan Polis Hong Kong Seperti SWAT Gara-Gara..

Uishhh, seramnya min dengar detik cemas percutian Ben Amir di Hong Kong 🥵🥵

Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

Trending Sun, 18 Aug 2019

Kesiannya, Letupan Bom Di Majlis Perkahwinan

63 Orang Terkorban, 182 Orang Cedera

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Featured Mon, 25 Oct 2021
error: Content is protected !!