Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 14, 2022 @ 2:19pm

Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo Merungkai Usaha Di Sebalik Tabir Misi Pengembaraan 204 Artifak Dari Kuala Lumpur Ke Tokyo

Ilmu dikongsi, pameran menjadi misi… 204 artifak dari Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) menjadi tumpuan dalam pameran “14 Dynasties and a Region: The History and Culture of the Muslim World” di Tokyo National Museum, Jepun yang berlangsung dari 6 Julai 2021 hingga 20 Februari 2022.

Eksklusif buat penonton TV3, Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) akan disiarkan untuk dua episod pada 14 dan 15 Februari 2022, pukul 9.00 malam untuk merungkai misi pengembaraan 204 artifak dari Kuala Lumpur ke Tokyo.

Usaha sama antara Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Tokyo National Museum telah membuahkan hasil apabila kesemua artifak ini dipinjamkan untuk tempoh lapan bulan kepada Tokyo National Museum yang bertujuan membuka lembaran sejarah ketamadunan Islam di negara matahari terbit itu.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios:

“TV3 amat berbesar hati diberikan penghormatan menjadi sebahagian dalam misi pengembaraan ini kerana proses pengendalian dan pemindahan 204 artifak ini telah menonjolkan kredibiliti dan ilmu pengetahuan luas pasukan Muzium Kesenian Islam Malaysia dalam memelihara dan memulihara peninggalan sejarah dunia.

“Jadi, kami tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi kapsul masa yang berharga ini untuk tontonan semua kerana ia merupakan pencapaian besar dimana hasil kerja rakyat Malaysia dalam proses konservasi artifak dipamerkan di mata dunia.”

Syed Mohamad Albukhary, Pengarah Muzium Kesenian Islam Malaysia berkata:

“Muzium Kesenian Islam Malaysia amat berdedikasi untuk berkongsi lebih daripada 200 objek dalam koleksi penting kami kepada komuniti di Tokyo National Museum. Kami berharap agar pameran ini akan membuka pintu masyarakat Jepun kepada dunia Islam. Matlamat kami adalah untuk mengetengahkan kebudayaan dan kesenian Muslim bermula daripada awal abad kemunculan Islam sehingga kini.”

Majalah 3 Istimewa: ‘Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo Bahagian 1 akan merungkai penyediaan teknikal di sebalik tabir; restorasi, preservasi dan konservasi yang diteliti oleh lima konservator dengan pengalaman khusus dalam bidang seramik, manuskrip, tekstil, logam serta lukisan. Jika hasil konservasi ini berjaya, pameran di Tokyo akan mencatat koleksi lengkap sejarah serta budaya dunia Islam.

Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) telah dibuka pada Disember tahun 1998 dan menyimpan artifak berasal dari dunia Islam di Semenanjung Iberia sehingga Asia Tenggara. MKIM adalah muzium kesenian Islam yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara. Makmal mereka juga adalah yang terbaik untuk proses konservasi. Cabaran kali ini berbeza kerana ia melibatkan 204 artifak daripada 60 sebelumnya. Bagaimanakah mereka menjalankan tugasan masing-masing untuk memastikan misi pengembaraan ini dijayakan dalam tempoh kurang sebulan?

Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo Bahagian 2 pula fokus pada fasa seterusnya apabila setiap 204 artifak yang lengkap menjalani proses konservasi, dirapikan dalam peti khas untuk diterbangkan dalam tempoh tiga minggu. Namun, pengembaraan ini terpaksa dilakukan tanpa penyeliaan dan pengendalian oleh pasukan MKIM sendiri kerana berhadapan dengan isu pandemik Covid-19

Isu pandemik Covid-19 antara cabaran terbesar dalam misi ini. Pertama kali dalam sejarah MKIM, dua ‘installer’ (pemasang) tidak dapat meneruskan perjalanan bersama artifak kendalian mereka lantaran kes Covid-19 mencatat angka paling tinggi di Malaysia dan Jepun.

Ikuti perkongsian personaliti dua konservator dan seorang kurator diselami melalui penceritaan ilmu yang mendorong minat mereka dalam bidang konservasi artifak serta keunikan sejarah. Mengenali karakter pengendali artifak bermaksud membawa penonton lebih dekat dengan keistimewaan khazanah berharga milik dunia Islam dan kepentingan artifak-artifak ini dilindungi dan dikendalikan sebaiknya apabila tiba di sana.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kedua-dua episod Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa : Misi ke Tokyo, kolaborasi antara TV3, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Tokyo National Museum pada 14 dan 15 Februari 2022, pukul 9.00 malam.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

‘Saya Tak Mudah Terima Tawaran, Tapi…’ – Hawa Rizwana

Hawa Rizwana mengakui tidak semua tawaran yang datang akan diterima begitu sahaja.

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Bohonglah Kalau Tak Pernah ‘Kena’” – Kongsi Tips Rawatan, Janna Nick Dedah Kerap Disihir?

Allahuakbar! Dah 2023 pun masih ramai yang percaya benda macam ni eh 🥹

Trending Mon, 11 Apr 2022

“Ibu Saya Beri Idea…” – Chubb-E Kecewa Adegan Panas Wanita Separuh B*gel MV Rambang Dipotong

Chubb-E kecewa adegan aksi panas di video muziknya terpaksa dipotong selepas menerima kecaman netizen.

Trending Thu, 4 Oct 2018

#herobombakami: Posting Terakhir Arwah Beri Bayangan Kematian

Al- Fatihah buat kesemua anggota bomba yang pergi meninggalkan kita. Semoga syurga buat kalian semua hendaknya, Insya Allah…

Featured Thu, 11 Jun 2026

“Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Tindakan Cik B memberikan kejutan kepada rakan baiknya, Viviana sempena sambutan ulang tahun kelahirannya menyorot perhatian ramai.

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

YouTube Bantu Tambah Pendapatan Zarul Umbrella

Vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin, 48, mengakui saluran YouTube yang diusahakan semenjak tahun 2011 membantu untuk menambahkan pendapatannya. Aktif semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon ini sentiasa muncul dengan kandungan yang menarik berkaitan […]

Trending Wed, 14 Oct 2020
Trending Sat, 1 Jan 2022

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi. Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke […]

error: Content is protected !!