Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2022 @ 1:38pm

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mengakui sudah tidak tahan apabila kitaran haidnya tidak terkawal dan kini sudah cukup dua bulan tidak berhenti.

Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk untuk membuang alat mencegah kehamilan yang dipasangnya pada November lalu.

Menurut Wawa, atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, implan tersebut diambil kerana mahu menjarakkan tempoh kehamilan bagaimanpaun perkara tersebut menyukarkan nya untuk fokus mengerjakan ibadah apatah lagi bulan Ramadan sudah semakin hampir.

“Saya pasang implan memang sebagai perancang untuk jarakkan tempoh kehamilan. Namun disebabkan kitaran haid yang tidak terkawal saya rasa lebih baik buang sahaja.

“Sudah dua period saya tak berhenti. Tambahan pula kita nak sambut Ramadan tidak lama lagi, jadi kalau terus pasang alat ini saya tak tahu sama 

ada dalam keadaan suci atau tidak untuk berpuasa,” katanya.

Tambahnya lagi, alat mencegah kehamilan implan tersebut sebenarnya dijadualkan akan dibuka selepas tiga bulan waktu pemasangan.

Namun, Wawa menegaskan dia dan suami, Aeril Zafrel tidak menolak jika diberikan rezeki anak dalam masa terdekat.

“Sekarang ini kami buat perancangan sendiri sahaja untuk jarakkan usia kandungan. Tapi jika diberi rezeki anak dalam masa terdekat saya tidak menolak,” jelasnya.

Terdahulu, Wawa mememaklumkan perkara tersebut menerusi muat naik di instagram story miliknya apabila meminta pendapat orang ramai yang pernah mengalami masalah sama sepertinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Oct 2019

Spend Your Halloween at The Most Instagram-able Spooky Experience at Lost World of Tambun’s Day of the Dead

Embrace the Mexican traditions honouring the dead as you step into the Lost World of Tambun.

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Abil, Kami Mohon Maaf’- Isteri Amy Seach Lega Konflik Berakhir

Isteri penyanyi Rock, Amy Search yakni Nourish meluahkan rasa syukur selepas hubungannya dengan pelakon Nabila Huda atau Abil kembali jernih.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Trending Wed, 13 Jan 2021
Hiburan Mon, 5 Aug 2019
error: Content is protected !!