Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 16, 2022 @ 6:15pm

Jejaka Tak Dikenali Cuba Nasib DM Wani Kayrie… Bekas Kekasih Pun Muncul Semula!

Membabitkan diri dalam bidang seni semenjak kecil, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie menempa kejayaan peribadi yang membanggakan.

Berjaya memiliki kenderaan jenama mewah atas hasil usaha sendiri, Wani juga tidak sesekali melupakan pelajaran dan masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta di Shah Alam.

Tatkala sibuk membina karier, Wani mendedahkan dia menerima mesej mesej langsung (DM) daripada lelaki tidak dikenali.

Selain itu, pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang ini mengakui bekas kekasih yang pernah meninggalkan dirinya juga muncul semula.

“Saya tak nafikan ada jejaka tak saya kenali hantar DM nak berkenalan dengan lebih rapat. Malah yang lama muncul semula pun ada.

“Saya tak nak fikir mengenai hal itu. Siapa pun yang cuba dekat, saya malas nak ambil tahu sebab saya tak mahu ia mengganggu fokus dalam kerjaya.

“Saya masih muda, lebih baik saya tumpukan kerja keras dalam bidang ini serta mencapai cita-cita dalam pelajaran. Selepas beli kereta, saya nak kumpul duit beli kediaman selesa untuk keluarga sebagai aset di masa hadapan,” katanya ketika ditemui pada sidang media virtual drama bersiri 3 Nota Cinta pada Selasa.

Bergandingan dengan Ashraf Muslim, Sharifah Rose dan Afifah Nasir, naskhah ini menghiasi slot Akasia setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

Berkongsi mengenai 3 Nota Cinta, Wani meninggalkan zon selesa watak remaja apabila menyahut cabaran untuk memainkan karakter seorang isteri bernama Aini.

“Selalu saya bawa watak remaja, watak happy go lucky. Kali ini, karakter Aini agak berat kerana saya harus menjayakan peranan sebagai seorang isteri.

“Susah juga pada mulanya sebab saya sendiri tak ada pengalaman dan belum berkahwin. Tetapi pengarah, pelakon lain serta krew produksi banyak memberikan tunjuk ajar untuk saya menghidupkan karakter Aini.

“Saya berharap percubaan saya dalam menjayakan watak Aini mendapat respons baik penonton dan semoga karya ini mendapat sambutan baik, insya-Allah,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan 3 Nota Cinta di slot Akasia yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Mar 2020

“Semoga Dengan Lagu Ini Kita Bisa Menghargai Waktu Bersama Pasangan”- BCL Luah Perasaan Sayu Di Konsert Ronan Keating

Bunga Citra Lestari kembali beraksi di pentas buat kali kedua selepas hampir seminggu kehilangan sang suami. Terbaru, penyanyi itu tampil menjadi artis jemputan istimewa di Konsert Ronan Keating, BCL sempat mendedangkan beberapa lagu hitsnya seperti […]

Contest Fri, 28 Feb 2025

Konsert Mega ‘Aku Stacy’ Bakal Berlangsung Jun Ini!

Stacy bakal mengadakan konsert solo mega pertamanya, “AKU STACY”

Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Fri, 10 Oct 2025
Featured Mon, 23 Feb 2026

“Tak Ada Lebih Makbul Dari Doa Seorang Ibu” – Isteri Aliff Syukri Simpati Nasib Amyza Aznan & Anak-Anak

Shahida meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pelakon dan pelawak, Amyza Aznan.

Featured Thu, 21 May 2026

“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Amir Ahnaf menjelaskan, dia tidak ralat melepaskan peluang keemasan membawakan watak Hang Tuah dalam teater ikonik muzikal Puteri Gunung Ledang.

error: Content is protected !!