Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 31, 2024 @ 3:43pm

Wajah Liyana Jasmay Tanpa Makeup Teruk Dihina, Zain Saidin Tampil Pertahankan! – “Nanti Muka Awak Kedut & Reput Juga…”

Pelakon, Zain Saidin tampil mempertahankan aktres, Liyana Jasmay apabila wajah mulus tanpa sebarang alat solek atau ‘filter’ teruk dihina segelintir netizen.

Menerusi video di platform TikTok, Zain menganggap tindakan netizen begitu kejam lebih-lebih lagi apabila ada individu mempersoalkan bagaimana suami Liyana terpikat kepadanya.

“Saya ada terbaca di Facebook yang mengecam rupa Liyana dan ada yang pertikai bagaimana suami Liyana boleh suka dekat dia.

“Saya kena tegur benda ini sebab saya rasa ianya salah. Apa benda nak cakap macam tu? Awak sendiri tak kenal dia,” katanya.

Dalam video sama, Zain mendedahkan Liyana mempertikaikan keputusan isterinya, aktres dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesta disapa Che Ta untuk berkahwin dengannya.

Namun, dia tidak berkecil hati dan tetap mahu mempertahankan Liyana yang teruk dibuli oleh netizen.

“Saya tak bias, ni saya nak cerita perkara sebenar Liyana Jasmay dia tak suka saya. Terus terang, semasa saya dengan Che Ta, dia siap tanya Che Ta kenapa dia nak dengan saya.

“Saya tak ada ambil hati, betapa tak biasnya saya, saya backup dia sekarang ni sebab apa yang individu kritik tu salah,” katanya.

Jelas Zain, dia pernah berdepan situasi sama dimana pernah dikritik kerana mahu berkahwin dengan wanita lebih tua.

Zain berkata dia jatuh hati pada Che Ta kerana peribadinya yang amat berbudi bahasa.

“Ramai orang tanya kenapa saya kahwin dengan Che Ta, tapi terus terang saya kata pada permulaannya kita suka pada rupa.. itu tarikan pertama.

“Tapi kena faham yang rupa ini tak akan tahan selamanya. Yang buat saya jatuh cinta adalah budi bahasa, cara dia dan isi hati.

“Bila kita dah mula dating, rupa tu dah jadi nombor dua kadang-kadang nombor tiga. Sama dengan suami Liyana, saya pasti mesti ada sebab dia jatuh cinta..bukan sekadar rupa sahaja,” bidasnya.

Sementara itu, Zain berharap netizen lebih menjaga sensitiviti orang lain terutamanya apabila melibatkan rupa fizikal seseorang.

Malah, Zain turut menitipkan pesanan dan kata-kata semangat kepada Liyana agar dia mempercayai dirinya cantik dimata suami.

“Mulut tu dik, kita ni Melayu dan berbudi bahasa, jagalah tak perlu nak cakap benda macam tu. Untuk apa? Saya lagi kesian dekat awak sebab awak lagi kena hentam nanti.

“Awak kena ingat, rupa akan pergi..suatu hari nanti awak akan reput, berkedut..

“Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap ini ada menyingung perasaan. Untuk Liyana ‘stay strong’, jangan ambil pusing dengan apa yang orang kata. Awak cantik dengan cara awak yang tersendiri dan di mata suami awak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Zain mendedahkan dia jatuh hati kepada isterinya, Che Ta ketika melihat wajahnya tanpa alat solek.

Artikel Berkaitan:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Kyungsoo’s Trending on Twitter Just for Looking Healthy

K-pop fans really show true dedication and love for their idols, don’t they?

Gaya Hidup Mon, 4 Mar 2024

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Ramai terpaksa cari pendapatan tambahan

Hiburan Sat, 2 Nov 2024

Isu Dihalau Pihak Berkuasa Pada Malam Perayaan Patah Hati Di Kemaman, Awa Zainal Mohon Maaf

“Saya berjanji untuk lebih berhati-hati” – Awa Zainal

Featured Mon, 7 Jul 2025

“Husnuzon Jangan Judge! Entah-Entah Orang Yang Awak Sound Tu Lagi Penuh Ilmu Di Dada”- Shiha Zikir

Kata Shiha, adalah tidak wajar untuk seseorang menghakimi orang lain tanpa sebab yang kukuh.

Hiburan Sun, 26 May 2019
Trending Thu, 24 Jun 2021

Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen Biadap!

Pelakon Elizad Sharifuddin tampil membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang meninggalkan komen biadap serta memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap dirinya. Membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil malam tadi, Elizad, 37, berang dengan […]

Hiburan Tue, 14 Nov 2017

LAYAK KE, ALTIMET?

Ramai pihak yang cuba mempertikaikan keputusan juri pada pemilihan lagu AJL32 kali ini.

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Rasmi! TV3 Umum AJL40 Berlangsung 15 Ogos Di Unifi Arena, Tiket Mula Dijual Malam Ini

TV3 mengumumkan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil.

error: Content is protected !!