Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 17, 2022 @ 7:23pm

“Saya Mahu Banyak Belajar” – Sharifah Rose Tak Hirau Orang Kecam Kualiti Lakonan

Pempengaruh yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose, 23, tidak mempedulikan kecaman yang dilemparkan mengenai lakonannya.

Pernah dikecam dan menerima kritikan warganet kerana lakonannya yang didakwa kayu, Rose juga menerima kritikan

Menetapkan niat untuk belajar selok belok dunia seni dan lakonan, Rose mahu menimba ilmu sebanyak mungkin.

“Saya masih belajar. Banyak perkara yang mahu saya terokai. Biarpun pelbagai perkara berlaku (dikritik warganet), saya lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana saya masih menerima tawaran lakonan biarpun melalui perkara sebegitu. Komen atau kritikan yang dilemparkan membuatkan saya mahukan kemajuan dalam karier saya,” katanya dalam sidang media virtual 3 Nota Cinta pada Selasa.

Ingin memantapkan lagi perjalanan kariernya, Rose mendedahkan dirinya pernah menghadiri kelas lakonan.

“Saya pernah masuk kelas lakonan untuk belajar selok belok penjiwaan watak dan karakter. Saya sudah tetapkan dalam diri saya semenjak awal lagi, saya mahu belajar.

“Namun sekarang, jadual seni saya agak sibuk, jadi saya tak sempat nak menghadiri kelas lakonan sebelum masuk ke lokasi penggambaran,” katanya lagi.

Selain Rose, 3 Nota Cinta yang menghiasi slot Akasia TV3 ini menampilkan lakonan Ashraf Muslim, Wani Kayrie dan Afifah Nasir.

Jangan lupa saksikan 3 Nota Cinta di slot Akasia yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.

Selain itu, kelibat Rose juga boleh anda saksikan dalam program Master in The House Malaysia bersama Hael Husaini, Scha Elinnea, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA).

Ikuti pengembaraan istimewa Hael, Scha, Rose, Andi dan Meyrasam dalam Master In The House Malaysia mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam – 11.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Dec 2023
Hiburan Mon, 6 May 2024

“Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.

Featured Mon, 19 Apr 2021

500,000 Guru Akan Diberi Keutamaan Vaksin

Menurut Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar golongan pendidik akan diberi keutamaan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Beliau berkata guru-guru akan diberi keutamaan yang sama seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) […]

Trending Thu, 19 May 2022

‘Vape’ Perisa Dadah, Lima Suspek Ditahan

Vape perisa dadah, lima individu ditahan.

Hiburan Wed, 24 May 2023
Trending Wed, 7 Aug 2019

Media Prima Digital Dan Ziff Davis Umum Kerjasama Dengan IGN Southeast Asia

Media Prima Digital semakin dinamik dengan kerjasama baru!

error: Content is protected !!