Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 18, 2022 @ 8:00pm

#RoadToAJL36 – Sering Sertai AJL, Tapi Tak Ada Rezeki Menang… Ada Yang Sampai 7 Kali Join!

Bahang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) semakin dirasakan!

12 lagu yang bertanding pada 6 Mac 2022 ini bakal merebut gelaran juara dan pastinya ramai yang tak sabar menantikan anugerah muzik tahunan yang berprestij ini!

Bagi menghangatkan #RoadToAJL36, jom kita imbas trivia menarik mengenai AJL 36.

Kali ini, kita semak penyertaan artis yang sering menyertai AJL, tetapi tidak mempunyai rezeki untuk beroleh sebarang kemenangan.

#1 Stacy

Sering tampil dengan tarian lincah dan persembahan yang bertenaga, Stacy masih belum mempunyai rezeki untuk memenangi sebarang trofi biarpun sudah lebih tujuh kali menyertai AJL.

Stacy menyertai AJL pada tahun 2008 (Aku Stacy), 2009 (Pakai Buang), 2010 (Jahat), 2012 (Pelangi Senja), 2013 (Bosan), 2014 (Gilalah) dan 2015 (Not for Sale bersama Altimet).

#2 Hazama

Tuah juga masih belum berpihak kepada Hazama yang muncul bertanding di pentas AJL sebanyak tujuh kali.

Hazama menyertai AJL sebanyak empat kali bersama The Penglipurlara: 2013 (Penglipurlara), 2016 (Di Amaran Mama), 2017 (Aku Yang Sebenar) dan 2019 (Peneman); sekali bersama Amy Search pada tahun 2012 (Simetri) dan pada tahun 2014 (Malaikat) dan 2015 (Sampai Mati) sebagai penyanyi solo.

#3 Noh Salleh

Penyanyi yang berasal dari Sarawak ini muncul bertanding di pentas AJL sebanyak lima kali namun rezeki masih tidak menyebelahinya.

Noh bertanding dua kali bersama Hujan pada 2009 (Aku Scandal) dan 2010 (Mencari Konklusi), sekali bersama API pada 2010 (Pelita), sekali bersama Aizat Amdan pada 2013 (In Love With You) dan sekali sebagai penyanyi solo pada tahun 2015 (Angin Kencang).

#4 Exist

Kumpulan ini pernah memasuki AJL sebanyak empat kali namun mereka tidak memenangi sebarang trofi.

Exist menyertai AJL pada tahun 1992 (Untukmu Ibu), 1994 (Anugerah), 2002 (Julia) dan 2003 (Percayakan Siti).

#5 Bunkface

Kumpulan yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan ini juga menyertai AJL sebanyak empat kali namun tidak berjaya memenangi sebarang trofi.

Bunkface menyertai AJL pada tahun 2009 (Situasi), 2010 (Extravaganza), 2014 (Rentak Laguku bersama Amy Search) dan 2015 (Malam Ini Kita Punya).

Jangan lupa saksikan AJL 36 yang bakal bersiaran pada 6 Mac 2022, jam 9 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Sep 2021

Aktif Dalam Pementasan Teater Di Australia, Raja Emina Ashman Warisi Jiwa Seni Ibu

Personaliti dan jiwa seni yang dimiliki Raja Emina Aliyyah Raja Ashman Shah menjadikan beliau lebih menyerlah. Kini bergiat aktif dalam pementasan teater, puisi karya wanita yang dikenali dengan nama Emina Ashman ini semakin mendapat perhatian […]

Hiburan Wed, 20 May 2026

Satu Rasa, Dua Cerita… Fabio Asher & Nadhif Basalamah Temui Peminat Julai Ini Dalam ‘Konsert Rumah Hati’

Peminat muzik Indonesia di Malaysia bakal disajikan dengan sebuah malam penuh emosi menerusi konsert Rumah Hati Fabio Asher & Nadhif Basalamah Live in Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Featured Mon, 30 Sep 2024
Featured Wed, 11 Aug 2021

“Tiada Sakit Yang Paling Dalam Selain Kehilangan Ayah Ibu..”- Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan memaklumkan pemergian bapanya, Azizan Zainal Abidin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman sebentar tadi. Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Tetap Kamu itu memaklumkan berita pemergian bapanya yang telah lama […]

Hiburan Tue, 19 Jul 2022

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Allahu, semoga urusan pencarian dipermudahkan…

error: Content is protected !!