Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 19, 2022 @ 12:02pm

Nahas Libatkan Dua Motosikal, Ibu Maut & Bayi Dikandung Terkeluar

Kemalangan membabitkan dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas malam tadi menyebabkan anak yang dikandung terkeluar dari perut ibunya.
Bayi berkenaan yang bernyawa sejurus nahas tersebut bagaimanapun meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital pada jam 12 tengah malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir, kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam mengorbankan seorang ibu, anak dalam kandungannya dan seorang remaja berusia 18 tahun, manakala seorang lagi kanak-kanak cedera parah.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Haliza Abdul Uazaib, 25, bersama bayinya dan Muhammad Shakim Mohd Zaki, 18.
Manakala, mangsa yang dilaporkan mengalami cedera parah dikenali sebagai Nurul Iman Maisara Mohd Khairi, 6, dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.
Menurut Mohd Nasaruddin, siasatan awal mendapati remaja berkenaan memasuki laluan bertentangan sehingga mengakibatkan motosikal yang ditunggangi ibu serta anaknya dirempuh.
Pertembungan dua buah motosikal itu menyebabkan wanita berkenaan tercampak bersama bayi yang dikandungnya  terkeluar di atas rumput di bahu jalan berkenaan.
Bagaimanapun,  pihaknya kini  masih menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber / kredit foto  : BH, Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 Apr 2025

Nabila Taqiyyah Pertaruh Kisah Peribadi Dalam ‘Kekal Yang Sementara’

Album yang terdiri dari lapan buah lagu ini bukan sahaja sarat dengan emosi tetapi  menyayat hati.

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Hello Everbody, My Name Is Edriel Obil’- Dynas Dedah Gambar Pertama Anak Selepas Beranak

Buat pertama kalinya, pelakon Dynas Mokhtar telah memperkenalkan anaknya selepas melahirkan pada 17 Mei lalu.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Eyka Farhana Menggigil, Bas Pandu Laju Depan Mata – “Saya Sampai Anxiety!”

Eyka Farhana anxiety, menggigil bas bawa pandu laju

Trending Sat, 26 Jun 2021

Bunga Kembali Dengan Mereng

Penyanyi rap Bunga kini mengorak langkah dengan melancarkan solo terbarunya yang berjudul Mereng. Mereng merupakan hasil karya dari Bunga sendiri bersama John Jeevasingham, Karim Karam, Romal Melvyn dan Ezra Kong. Lagu yang membawa genre Hip […]

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!