Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2022 @ 11:43am

Dengan Sekali Lafaz, Zulin Aziz Sah Menjadi Isteri Kepada Farhan, Tahniah!

Dengan sekali lafaz pelakon,  Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, 35, yang berlangsung di Masjid Negara,pada jam 9.20 pagi tadi.

Majlis akad nikah dijalankan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Memetik laporan Berita Harian, pasangan mempelai diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Dan dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis akad nikah, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz telah menerima wang hantaran sebanyak RM30,000.

Manakala, Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Menurut Zulin, kehadiran suami seperti sebuah magis dalam kehidupannya apatah lagi sebelum ini beliau menerima pelbagai dugaan dalam mencari cinta sejati.

“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

“Namun, sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan ditempuhi. Di alam realiti, saya melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.

“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi selepas hujan.

“Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga pendengar setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja.

“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sejak zaman saya berisi dan berjaya menurunkan berat badan.

“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak… Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Farhan atau nama penuhnya, Mohd Farhan Norzaini menyifatkan Zulin sebagai wanita berhati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarga.

“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan seterusnya bercinta dan kini jadi suami isteri.

“Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.

“Kami pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu, Oktober tahun lalu.

“Sejak itu, saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah.

“Zulin ada ciri-ciri lengkap itu,” katanya.

Difahamkan juga, kedua-dua pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Beranikan Diri DM IG Selepas Melihat Dia Di Melodi TV3” – Dilamar Di Madinah, Zulin Aziz Bakal Nikah 20 Februari 2022

ARTIKEL BERKAITAN:“Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

ARTIKEL BERKAITAN:“We Want More!” – Bukan Sahaja Netizen, Aktor Bollywood Ini Pun Tak ‘Move On’ Tengok Video Kelakar Zulin Aziz

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Dec 2025

Usia Kandungan Cecah 8 Bulan, Uyaina Arshad ‘Bangga’ Berat Badan Hanya Naik 9 Kilogram

Uyaina memaklumkan, berat badannya setakat ini hanya bertambah sebanyak 9 kilogram sahaja.

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Memang Jarang Jumpa Tapi Hubungan Masih Baik

Betulkah tiada masalah komunikasi kerana jarang bertemu, tetapi itulah yang diyakinkan oleh pasangan ini

Automobile Tue, 22 May 2018

Rancang Beli Kereta Raya? Sekarang Mungkin Waktu Terbaik

Semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

Trending Tue, 11 Jan 2022

“Saya Ambil Sebab Suami” – Mengaku Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin, Ellie Suriaty Ikut Cakap Azri Iskandar

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar mendedahkan dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu. Menurut Ellie, keputusan untuk melengkapkan dua dos vaksinasi adalah kerana menghormati suaminya, pelakon Azri […]

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Imran Aqil & Dahlia Rizal Kongsi Momen Beli Belah, Peminat Single Komen: “Sendunya Kehidupan Aku…”

Umum mengetahui, pelakon dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat mesra bersama tunang, Dahlia Rizal. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di laman TikTok ketika dia […]

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

Featured Fri, 17 May 2024
error: Content is protected !!