Acara By: Padin January 30, 2022 @ 2:30pm

Raja Muda Selangor Bantu Usahawan Belia Melebarkan Sayap Ke Pasaran Antarabangsa

Program SAY ASPIRE anjuran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport.

Ini merupakan kali ketiga program SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 melalui agensi Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

Buat julung kalinya, program SAY ASPIRE edisi ketiga ini mendapat kerjasama meluas daripada EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Rodziah Ismail dan tajaan daripada Kumpulan Sunway Berhad dan Menteri Besar (Diperbadankan) Selangor.

Daripada 72 syarikat yang diterajui belia dan berpengkalan di Selangor, setelah melalui tiga peringkat penilaian dan pembentangan, hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale.

Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang berkredibiliti, mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport seperti Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, pakar eksport dari Malaysian Exports Academy, Datuk Zakaria Kamarudin, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dari MATRADE, Abu Bakar Yusof.

Tempat pertama dimenangi oleh Airaz Technologies Sdn Bhd (Innersejuk), tempat kedua pula dimenangi oleh Avantcom International Sdn Bhd (Joielle Baby) dan tempat ketiga pula disandang oleh Inonity Sdn Bhd (Store Up).

SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan beberapa ganjaran berimpak tinggi kepada tiga pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil, serta penginapan dua hari satu malam di St Regis Langkawi kepada pemenang utama.

Selain daripada program eksport, Raja Muda Selangor juga menganjurkan beberapa program berimpak tinggi kepada usahawan belia melalui inisiatif Entrepreneurship Selangor di bawah agensi baginda Selangor Youth Community (SAY).

Inisiatif ini diwujudkan bertujuan untuk menghubungkan usahawan dan agensi di Selangor kepada peluang perniagaan dan akses bantuan perniagaan, termasuk kursus bimbingan dan latihan perniagaan yang berterusan.

Platform ini juga bertujuan untuk mengumpulkan usahawan dari seluruh Selangor dan mewujudkan sebuah ekosistem komuniti usahawan yang saling berkerjasama dalam agenda pembangunan usahawan Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sat, 19 May 2018

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33 akan disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.

Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Wed, 22 Jan 2020
Acara Wed, 18 Jul 2018

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Wow! Dua elemen hebat! Mesti tengok di pawagam!

Acara Thu, 16 May 2019
Acara Sat, 9 Nov 2019