Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 9, 2022 @ 4:44pm

Persembahan AEWO #AJL36 Dikaitkan Dengan Dajal & Syirik, Ini Penjelasan Shiha Zikir

Penyanyi Shiha Zikir menepis dakwaan netizen yang mengaitkan persembahan lagu AEWO di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) dengan elemen syirik dan dajal.

Menyampaikan lagu terbabit bersama Noki K-Clique, Shiha menjelaskan konsep persembahan yang ditampilkan merupakan kesinambungan muzik video AEWO.

“Siapa yang menonton muzik video saya, mesti tahu jalan cerita terbabit adalah kesinambungan muzik video AEWO.

“Saya terkejut apabila timbul dakwaan susun atur set AEWO dikaitkan dengan dajal seperti yang viral serta dikatakan ada unsur syirik.

“Takkan pihak TV3 mahu melepaskan konsep persembahan sebegitu kalau benar saya mahu mengetengahkan sesuatu yang tidak elok,” katanya kerika dihubungi XTRA.

Hangat diperkatakan di media sosial cakap-cakap wargamaya yanh mendakwa konsep persembahan Shiha dan Noki pada malam AJL 36 lalu mempunyai unsur yang tidak baik.

Tambah Shiha, dia hanya mahu menampilkan persembahan yang mempunyai unsur lakonan menerusi koreografi yang dibincangkan.

“Kami nak tampilkan unsur lakonan seperti teater. Kekangan masa membuatkan kami merangkumkan persembahan itu dalam konsep koreografi.

“Biarpun tidak mendapat tempat pada malam itu, kami berpuas hati dengan persembahan AEWO dan ia membekas di hati peminat,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

‘Jangan Suka Besarkan Hal Remeh’- Wawa Zainal Kongsi Tips Kahwin Di Usia Muda

Saya mengaku dahulu seorang yang suka besarkan hal yang kecil. Boleh bergaduhlah dibuatnya…

Featured Mon, 24 Mar 2025

“Saya Pun Sedar Diri Saya Mak Tiri”- Isteri Fizi Ali Tampil ‘Buka Mulut’

Tambahnya, apa yang dicanangkan di media sosial berkenaan isu tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Selesa Bertiga, Forteen Belum Terfikir Cari Pengganti Izzue Islam

Forteen juga baru sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Diam Saja yang mana liriknya ditulis sendiri oleh mereka.

Hiburan Mon, 18 May 2026

Wanita Sarat Mengandung Luah Bakal Diceraikan, Rita Rudaini Titip Pesanan

Pelakon, Rita Rudaini mencuri tumpuan apabila memberi respons terhadap luahan seorang individu wanita yang memaklumkan dirinya bakal diceraikan dalam masa dua minggu. Menerusi platform Threads, wanita yang sedang sarat hamil itu mengakui masih cinta dan […]

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2019
error: Content is protected !!