Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 10, 2022 @ 1:06pm

“Masalah Pitching Punca Dikritik ” – Ramai Kecewa Persembahan Siti Nordiana Pada #AJL36

Nampaknya ramai peminat yang tidak menduga persembahan penyanyi Siti Nordiana pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) agak sedikit mengecewakan.

Malah, ada yang membandingkan persembahan penyanyi lagu Angkara ini dibawakan agak baik pada separuh akhir muzik-muzik berbanding pada malam kemuncak AJL 36.

 

Bagaimanapun, ada antara peminat yang mengakui masalah tersebut berlaku apabila penyanyi kesayangan ramai ini mengalami masalah kesihatan termasuklah sakit tekak dan batuk pada malam tersebut.

Justeru itu, bagi menjawab persoalan mengenai persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, guru vokal Cikgu Shafi atau nama sebenarnya Syafizawati Sharif tampil membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Menurutnya, kesalahan teknikal terutamanya pitching adalah berpunca daripada kegagalan mengawal minda.

Memetik laporan mStar, cikgu Shafi menjelaskan secara teknikalnya memang terdapat banyak kesalahan pitching yang sangat ketara.

Termasuklah masalah sakit tekak dan selsema yang turut mempengaruhi minda Nana ketika berada di atas pentas.

“Secara teknikalnya memang banyak kesalahan dan sangat ketara. Ada banyak masalah pitching. Pitching adalah frekuensi yang harus bersatu dengan diri. ia ada kaitan dengan permainan fikiran.

“Tapi, dia bukan jenis penyanyi yang nyanyi sumbang, dia tak ada masalah itu. Jujurnya, dia nampak kecewa kerana dia tahu dia salah.

“Tapi apa yang jadi pada dirinya pada malam tersebut diharap dapat jadi pengajaran buat dirinya supaya dia dapat memperbaiki persembahan pada masa hadapan. Dan saya harap dia move on dan dia pasti boleh melakukannya,”  katanya.

Bagaimanapun, kredit harus diberikan buat Nana kerana terus berjuang membawakan lagu hasil ciptaan Sharon Paul, Nana Alias dan Ahmad Fedtri Yahya pada AJL 36 lalu walaupun dalam keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat

Featured Wed, 24 May 2023
Trending Mon, 3 Aug 2020
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

首要媒体2019年贺岁MV《So Happy》开拍!

距离2019猪年不到5个月的时间,首要媒体已开始筹备贺岁专辑咯!日前八度空间旗下8位艺人难得聚首,进行主题曲《So Happy》MV拍摄。

Events Sat, 9 Aug 2025

Phei Yong Dinobat Starfluencer Of The Year, Bawa Pulang Dua Trofi Sekaligus!

Phei Yong, 31, apabila dinobatkan sebagai Starfluencer of the Year.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

Alhamdulillah, min suka tengok relationship Datin Almy dengan Datuk Fizz 🥰

error: Content is protected !!