Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 10, 2022 @ 2:05pm

“Orang Tanya Bila Saya Nak Meminang Dia?” – Hanya Kawan, Alha Alfa Tak Kekok Dikaitkan Dengan Zara Zya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Alha Alfa, 34, mengakui dia sudah lama menjalin persahabatan dengan pelakon Zara Zya.

Menurut jurusolek popular ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip hubungan mereka boleh tercetus dan mendapat perhatian netizen.

“Saya dengan Zara dah lama kawan, semenjak dia dikenali dengan drama Love You Mr Arrogant.

“Semenjak itu, saya dah mula menyolek wajah Zara. Sehingga sekarang, kami berkawan baik. Tiba-tiba orang macam baru tahu pula yang kami berkawan,” katanya kepada XTRA.

Tambah pemilik nama Al Halim Al Fadzil ini, dia tidak kekok apabila dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Zara.

“Bila orang kaitkan tu, tak rasa kekok sangat tapi rasa sedikit rimas apabila ramai orang di Instagram tanya, bila saya nak meminang dia? Zara ada di mana?

“Kalau saya keluar melakukan kerja amal menghulurkan bantuan, ada yang tanya kenapa tak bawa Zara?

“Kami kadang-kadang gelak bersama bila isu ini dibangkitkan kerana kami memang kawan rapat,” katanya lagi.

Semenjak hujung tahun lalu, netizen memperkatakan mengenai hubungan baik yang terjalin antara Alha dan Zara.

Biarpun Zara menafikan perkara terbabit, warganet menimbulkan persoalan dan mendakwa Alha dan Zara menjalin hubungan istimewa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Sun, 27 Feb 2022

Dapat Jualan RM5.4 Juta, Koleksi Ramadan Tudung Milik Fazura Habis Terjual Dalam Masa 1 Jam

Patut sekarang ramai yang beralih pakai tudung bawal kan??

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

“Takkan Nak Tersenyum Setiap Masa? Jangan Cepat ‘Menghukum” – Rosyam Nor Tepis Dakwaan Artis Sombong

Rosyam berpendapat bahawa tidak wajar untuk terus cepat menghukum kerana artis juga manusia biasa yang turut berdepan keletihan dan tekanan kerja. 

Trending Mon, 24 May 2021
Trending Sun, 3 Jul 2022

“Dengar Macam Kelakar, Tapi Saya Serius” – Mudah Lupa, Nabila Huda Minta Tip Netizen Pulihkan Ingatan

Nabila Huda risau keadaan dirinya yang sering lupa, minta tip pulih ingatan dari netizen.

Trending Sat, 15 Apr 2023
error: Content is protected !!