Euforia Bola 2026
Acara By: Padin March 11, 2022 @ 2:49pm

MUA Bukan Picisan! Alha Alfa Kini Profesor Adjung, Jalin Kerjasama Dengan MAHSA Untuk Bawa Dunia Solekan Ke Tahap Tinggi

Usahawan dan pemilik jenama kosmetik terkenal, Datuk Seri Alha Alfa mengangkat kerjaya solekan tanah air ke tahap tinggi apabila menjalin kerjasama dengan Universiti MAHSA (MAHSA).

Menurut pemilik nama sebenar Al Halim Al Fadzil ini, Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MAHSA adalah sebahagian daripada kejituan usahasama dalam memperkasa kemajuan industri kecantikan negara menerusi bidang pendidikan.

“Ia sebagai permulaan ke arah kerjasama yang lebih besar di masa akan datang iaitu perancangan mewujudkan program pendidikan peringkat Diploma Seni Solekan dan Kecantikan.

“MoU ini adalah perjanjian persefahaman untuk menjalin kerjasama lebih erat dari segi kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk dengan merangkumi program pengajian, pertukaran maklumat serta perkongsian kepakaran.

“Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar dan para pelajar di samping penganjuran persidangan kecantikan dan kesihatan di peringkat domestik dan antarabangsa,” kata Pengarah Eksekutif Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd (AARLSB) ini.

Tambah Alha, mereka berbesar hati diberi kepercayaan untuk mengukuhkan jalinan kepakaran mereka dalam bidang kecantikan dengan MAHSA.

“Sudah pasti Alha Alfa Cosmetics di bawah AARLSB sangat berbesar hati mendapat kepercayaan untuk mengukuhkan jalinan kepakaran kami dengan MAHSA, seterusnya memperincikan perancangan lebih besar selepas ini

“Lebih istimewa, kami mempunyai perancangan mewujudkan program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan bagi membantu jurusolek Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti,” katanya.

Alha berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU bersama MAHSA yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail dengan disaksikan Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan MAHSA, Tan Sri Dr Haji Mohamed Haniffa Haji Abdullah serta Pengarah Urusan AARLSB, Mohd Al Fareed Mohd Al Fadzil baru-baru ini.

Pada majlis sama, usahawan yang turut meluaskan empayar perniagaannya di Dubai dan Indonesia itu turut dianugerahkan Profesor Adjung daripada universiti tersebut.

“Ilham untuk meletakkan jurusolek tempatan yang mempunyai kepakaran seperti individu dengan kerjaya sama di peringkat antarabangsa menerusi pendidikan adalah bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan sewajarnya.

“Secara tidak langsung, ia menaikkan karier jurusolek sebagai sebuah kerjaya profesional dan mempunyai prestij tersendiri bersandarkan kemahiran serta taraf pendidikan diperolehi.

“Sepanjang penglibatan saya di bidang ini selama 10 tahun, saya melihat make up artist atau lebih dikenali sebagai MUA mempunyai potensi diangkat sebagai kerjaya profesional seperti karier profesional lain biarpun stigma sesetengah orang yang yang menganggap kerjaya ini sebagai kerjaya picisan.

“Sebagai seorang graduan universiti, saya melihat pengiktirafan akademik adalah perkara paling mustahak untuk membuka mata masyarakat bahawa kerjaya MUA
bukan ‘low class’,” ulasnya lagi.

Sebagai permulaan, sesi penerangan menerusi program jelajah seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak bakal berlangsung pada bulan ini dan seterusnya ke seluruh negara.

Butiran lanjut tentang jelajah ini boleh didapati di platform media sosial Alha Alfa dan MAHSA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Acara Wed, 24 Jul 2019

Krim aqua rich selamatkan kulit daripada ‘terbakar’

Wajib pakai krim pelindung walaupun di dalam bangunan

Acara Sat, 21 Oct 2023
Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi

Acara Fri, 4 Oct 2019

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Buku ini mesti dibaca oleh semua wanita!

Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

error: Content is protected !!