Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 25, 2022 @ 5:30pm

“Sekarang Semua Kena Give & Take! Bukan Bini Kena Buat Semua…” – PU Riz Tampil Perjelas Maksud ‘Isteri Kena Angkat Beras Masuk Rumah’

Susulan klip video berdurasi 36 saat yang tular di laman Twitter baru-baru ini, suami kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Haris Ismail tampil memberi penjelasan semula mengenai isu tersebut.

Menerusi perkongsian Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz di laman TikTok miliknya, kenyataan yang tular menerusi Twitter itu adalah tidak tepat sama sekali.

 

Ini kerana, maksud di sebalik ayat yang digunakan itu sebenarnya merujuk kepada tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan anak-anak termasuklah dalam menyediakan nafkah dan sebagainya.

“Assalamualaikum… ada di Twitter tulisan sebegini dan outcome dari tulisan ini mengatakan Haris menyuruh isteri untuk bawa beras masuk ke dalam rumah.

“Sebenarnya bukan itu maksud dia. Dan kalau didengar betul-betul dan dengan hati yangterbuka maksudnya adalah supaya isteri dianjurkan untuk memasak.

“Tapi, kepada mereka yang bekerja dan mempunyai kekangan lain kalau tak sempat tak menjadi masalah. 

“Berbalik kepada video ini, orang lelaki ni wajib menyediakan tempat tinggal termasuklah memberi nafkah dan menginfakkan harta buat isteri dan anak-anak.

“Tidak boleh kita suruh isteri kita angkat barang berat-berat masuk dalam rumah, Tak boleh kita suruh isteri baiki bumbung rumah yang bocor, tak boleh… itu perkara yang menzalimi isteri,” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen memberikan respon negatif terhadap kenyataan yang dibuat Haris menerusi sesi bual bicara yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM).

Malah, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Pinokio turut mempersoalkan status dan taraf kelayakan Haris untuk menjadi speaker pada majlis tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Adik Achey Curi Perhatian

Achey Bocey iaitu Nornatasha Hamzah atau Tasya curi perhatian ramai apabila dia bakal bersaing dalam program terbaru, Gegar Lawak.

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

「天生歌姬」A-Lin 720唱响云顶!门票3月5日开售

「天生歌姬」A-Lin 7月20日唱响云顶!门票将于3月5日公开发售。

Featured Wed, 3 Jun 2026

“Kerja 9 Pagi Hingga 5 Petang Lagi Rileks, Boleh Makan Dengan Family & Rehat” – Yusuf Bahrin

Yusuf Bahrin berkongsi pandangan peribadinya mengenai persepsi segelintir masyarakat yang menganggap kerjaya sebagai  seorang pelakon sentiasa dipenuhi dengan dunia glamor.

Trending Thu, 17 May 2018

12 English Quotes We’ve Been Getting Wrong All This Time

Avoid failing your English exams by learning the real ones.

Trending Wed, 8 Apr 2020
Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Trending Mon, 19 Mar 2018

Tengok Apa Reaksi Camila Cabello Bila Berdepan Dengan ‘Paparazzi’. Kelakar Betul!

Haih, bukan senang nak jadi artis Barat yang popular tau. Memanglah seronok apabila dikenali di seluruh dunia.

error: Content is protected !!