Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 28, 2022 @ 5:16am

Gimik Tampil Zul Ariffin Dalam Video Malam Berinai: “Ibaratnya Kalau Sudah Ada Anjali, Kenalah Ada Rahul” – Ruhainies

“Ramai juga yang dapat teka itu hanyalah gimik,” itu penjelasan pelakon Ruhaines mengenai video malam berinai yang menampilkan pelakon Zul Ariffin.

Video terbabit mengundang tanda tanya peminat sehingga ada yang mendakwa Ruhainies dan Zul sudah berkahwin secara sembunyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ruhainies Sahkan Jejaka Misteri Di Video ‘Malam Berinai’ Adalah Zul Ariffin… – “Saya Tak Kahwin Senyap-Senyap!”

Mempunyai alasan tersendiri untuk menggunakan khidmat Zul sebagai penampilan istimewa, Ruhaines mengangkat tema Bollywood dalam video terbabit.

“Mungkin ramai yang sedia tahu, saya sejenis yang suka buat kejutan. Ramai juga yang boleh agak, tapi ada yang anggap perkara itu seolah-olah macam betul berlaku. Jadi bila begitu, boleh nampaklah idea itu menjadi.

“Klip berkenaan berkonsepkan Bollywood dan memang sedia maklum, tema itu ialah antara minat saya. Jadi kami sama-sama bincang dengan rakan usahawan, Sha Hassan dan capai persetujuan.

“Tak lengkap jika video ala Hindustan tetapi tidak ada hero, jadi kami tampilkan Zul. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul. Dia berkawan baik dengan saya dan bersetuju untuk menjadi penampilan khas, akhirnya kami jalankan penggambaran terbabit,” katanya.

Ruhainies ditemui di majlis pelancaran produk Mixberry Powder Advance kolaborasi Shalicious x Ruhaines di Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ketika ditanya kaitan hashtag #OneStepCloser dengan video terbabit yang mengundang tanda tanya peminat, aktres drama bersiri Sayang Tak Dikenang ini mempunyai jawapan tersendiri.

“Perancangan ini dah lama dibincangkan, sebelum kontroversi yang melanda Zul lagi. Idea dah datang beberapa bulan lalu dan video itu juga sudah lama dirakamkan.

“Hashtag itu pula merujuk kepada hari pelancaran kolaborasi kami semakin dekat. Alhamdulillah, segalanya bukan lagi rahsia dan saya sendiri gembira kerana segalanya dipermudahkan. Produk ini pun sudah habis dijual dalam tempoh singkat,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Thu, 27 Jun 2019

梁静茹706办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会

「情歌本格派」回来啦!梁静茹将于7月6日,在吉隆坡举办《我好吗?-太阳如常升起》唯一一场分享会。

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pernah Dihina Hidup Susah, Madammu Jadi Inspirasi Warganet Untuk Berjaya – “Dia Ni Anak Terbiar!”

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu tular di media sosial kerana berkongsi kisah perjalanan hidupnya ketika susah dahulu. Madammu memberitahu tidak mudah untuk dia mencapai kejayaan sehingga berada di tahap yang sebegini […]

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Featured Tue, 30 Jul 2024
error: Content is protected !!