Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 16, 2018 @ 3:02pm

Catriona Ross ‘Bercerai’ Dua Kali?

Sudah dua kali khabarnya pelakon Catriona Ross, 37, diberitakan sudah bercerai dengan suaminya, Shaharudin Mohtarudin.

 Apa motif pihak penyampai wallahualam!

Nampak gayanya semakin ramai ‘makcik bawang’ wujud dewasa ini apatah lagi pada era sosial media sekarang, mudah sahaja untuk memuat naik cerita negatif.

“Saya tidak tahu dari mana pihak terbabit dapat cerita kami sudah bercerai,” kata  pemilik nama penuh Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross kepada Harian Metro.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland ini bagaimana pun tidak cepat melatah malah menganggap gosip sedemikian mungkin disebarkan oleh pihak yang sakit hati melihat kebahagian rumah tangga yang dibina.

“Saya tidak cepat melatah dengan gosip sedemikian kerana ia tidak benar dan kami lebih mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga,” ujar beliau yang sedar tidak semua orang suka melihatnya kembali aktif dalam bidang seni.

Menurut Catriona, jika benar dakwaan tersebut sudah tentu dia tidak akan keluar rumah dan menghadiri pelbagai majlis.

“Lebih baik saya berkurung di rumah saja,” tambah pelakon kelahiran Kelantan ini.

Jadi korang jangan terus percaya dengan gosip ya jika ia tidak diucapkan sendiri oleh tuan empunya badan. Catriona dan suami masih bersama dan bahagia malah baharu sahaja pulang dari percutian di Hong Kong pada penghujung Februari lalu.

Catriona berkahwin dengan Shaharuddin, 38, pada 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata  iaitu Sephia Rania, 7, Jamal Raess, 5, dan Edruce Riyadh, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Sep 2022
Featured Thu, 7 Sep 2023
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Putus Asa Dalam Hidup? Lirik ‘Bangun’ Nyanyian Aman RA Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda

BUDAK FLAT menceritakan kehidupan seorang pemuda yang cuba menjalani hidup di kotaraya pesat. Ia merupakan lagu motivasi agar terus BANGUN dan sedar bahawa tiada yang mustahil jika kita bekerja keras.

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Dakwaan Songlap Duit, Aliff Aziz Bakal Jelas Perkara Sebenar

Nak songlap duit RM1,500 adalah tidak masuk dek akal. Tak boleh beli kereta Kancil pun…

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Thu, 2 May 2019

Demi AMBU, Laudya Cynthia Bella Belajar Hidup Tanpa Telefon!

Tambah isteri kepada Engku Emran ini, dia juga teruja berkesempatan dapat menikmati pengalaman mandi dari sumber air sungai setiap hari.

error: Content is protected !!