Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 2, 2019 @ 2:59pm

Demi AMBU, Laudya Cynthia Bella Belajar Hidup Tanpa Telefon!

Pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella mendedahkan mendapat pengalaman baru ketika menjalani penggambaran filem Ambu di kampung Baduy, Desa Ciboleger, Lebak, Banten, baru-baru ini.

Kata pelakon berusia 31 tahun ini, sekiranya tidak terlibat dalam file mini, dia masih tidak tahu cara untuk sampai ke kampung itu.

“ Saya juga belajar tidak hidup tanpa telefon pintar selama berada di sana. Tiada masalah kerana sejak awal saya dimaklumkan di sana agak sukar mendapat signal telekomunikasi.

“ Jadi telefon pintar hanya digunakan untuk mengambil gambar sahaja,” katanya.

Tambah isteri kepada Engku Emran ini, dia juga teruja berkesempatan dapat menikmati pengalaman mandi dari sumber air sungai setiap hari.

“ Rasa segar sangat sepanjang berada di sana,” katanya.

Film Ambu mengisahkan kehidupan seorang wanita berasal dari suku Baduy bernama Fatma (Laudya Cynthia Bella).

Fatma memutuskan meninggalkan suku Baduy untuk mengejar cintanya dengan pemuda dari Jakarta. Suatu hari, Fatma pulang ke Baduy dengan membawa anaknya, Nona (Lutesha).

Filem arahan sutradara Farid Dermawan ini akan mula ditayang pada 16 Mei 2019 di Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Gaya Neelofa Di KLFW 2018 Dikritik Netizen?

Namun apa yang menarik perhatian, kemunculan Neelofa di pentas KLFW 2018 telah mengundang kritikan sebahagian besar netizen di media sosial.

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif.

Events Thu, 7 Mar 2019
Acara Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Sat, 14 Feb 2026

Cherpen Cabar Diri Keluar Zon Selesa, Berganding Dengan Chubb-E Dalam ‘Patah Hati’

Patah Hati merupakan lagu berentak reggae yang menyaksikan kolaborasi sulung Cherpen & Chubb-E.

Featured Tue, 13 Sep 2022
Hiburan Fri, 30 Nov 2018
error: Content is protected !!