Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 1, 2022 @ 3:30pm

Turut Berduka, Alif Satar Dedah Pesanan Arwah Rudy Imran – “Contohi Siti Nurhaliza Dalam..”

Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar menyifatkan bekas wartawan hiburan dan penulis lirik, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin sebagai seorang rakan media yang sangat penyayang dan banyak memberi tunjuk ajar.

Artis serba boleh itu turut berkongsi pesanan dan nasihat diterimanya daripada Rudy semenjak mula bertapak dalam industri seni dan Alif mengakui ia masih mekar di ingatan.

“Saya sedih… Dalam perjalanan ke sidang media ini, saya sebak ketika menulis kapsyen di Instagram Story (IGs) mengenai pemergian Abang Rudy.

“Mungkin momen saya dan Abang Rudy tidak banyak, tetapi kuat. Saya masih ingat lagi, pada 2006 ketika saya sertai One In A Million, ketika itu, saya berusia 16 tahun.

“Saya mungkin bukan peserta paling berbakat, tetapi saya ingat, arwah nasihatkan saya menyusun jawapan sebaik-baiknya sebelum disoal media. Dia memberikan idola saya,
Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai contoh.

“Arwah cakap apabila Siti jawab soalan media, dia akan bayangkan bagaimana laporan bakal dibuat. Nasihat itu yang saya ingat sampai sekarang,” katanya.

Alif turut memberitahu pesanan Rudy sememangnya menjadi azimat untuk pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu terus mengorak langkah dalam kariernya.

“Nasihat arwah memberi impak kepada cara pemikiran saya. Setiap kali saya bercakap dengan rakan media, nasihat dan suaranya ada di belakang otak saya.

“Saya akan terus ingat apa yang arwah Abang Rudy cakap,” katanya.

Bukan itu sahaja, Alif turut mendedahkan bahawa Rudy sering memberi sokongan tanpa mengira bidang yang diceburinya sama ada lakonan, nyanyian mahupun mengacara.

“Arwah selalu datang persembahan dan acara saya. Apabila arwah datang, saya berbesar hati kerana dia wartawan yang dihormati.

“Arwah juga menonton drama lakonan saya dan memberi komen yang baik kerana dia pelakon,” katanya.

Alif sempat menitipkan pesanan kepada wartawan hiburan lain untuk menjadikan lagenda Rudy sebagai contoh terbaik serta turut mengakui pemergian Rudy sememangnya satu kehilangan besar kepadai industri seni.

“Saya harap akan ada generasi wartawan hiburan yang merasakan suatu tanggungjawab untuk mempengaruhi artis melalui pena seperti arwah,” katanya pada sidang media Alif Satar & The Locos X Raihan, The Sunnah The Better di Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Rudy meninggal dunia pada jam 11.30 pagi semalam di kediaman keluarga di Semenyih, Selangor akibat kanser usus.

Artikel Berkaitan: Penulis Lirik Lelaki Teragung Nyanyian Dayang Nurfaizah, Iman Imran Meninggal Dunia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Mar 2026

“Tolong Palau, Block & Jangan Beri Mereka Perhatian” – Fazura Minta Peminat Jangan Layan Provokasi

Fazura mengambil peluang menasihatkan peminatnya ketika sesi live di TikTok baru-baru ini agar tidak melayan sebarang provokasi daripada mana-mana pihak yang cuba menjatuhkannya.

Trending Tue, 9 Jun 2020

PDRM Tamatkan Sekatan Jalan Raya Bermula Esok

Berita yang wajib dikongsi ramai!

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Ini Antara Koleksi Baju Raya Sajat?

Nampaknya episod ketiga siri vlog Sajat Rated Xtra kali ini, Sajat kelihatannya begitu sibuk sekali. Al-maklumlah beliau sendiri pun mempunyai pelbagai cabang perniagaan kan?

Trending Sun, 10 Jun 2018

Cef Selebriti Anthony Bourdain Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri

Menurut laporan CNN, Bourdain, 61 tahun ditemui mati di bilik hotelnya di Perancis, pada Jumaat.

Featured Fri, 29 Nov 2024

Altimet Dedah Gaji Cecah RM16,000 -“Macam Kakitangan Kerajaan Juga, Ada Kemudahan Loan Beli Rumah & Kereta”

Altimet berkongsi bahawa gaji yang diterimanya kini mencecah sebanyak RM16,000 sebulan.

Hiburan Mon, 11 Nov 2024

Ruhainies Nak Capai Misi Berselawat 1,000 Kali Sehari

Ruhainies nak capai misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari

error: Content is protected !!