Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 3, 2022 @ 1:06pm

Rupanya Kehamilan Dah Masuk 8 Bulan… Anzalna Nasir Bakal Timang Anak Kedua Hari Raya Nanti!

Pelakon jelita, Anzalna Nasir, 34, mendedahkan dirinya kini hamil lapan bulan.

Menurut pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir ini, dia bakal menimang cahaya mata kedua ketika sambutan Hari Raya nanti.

“Alhamdulillah Eidrees bakal dapat adik hari raya nanti. Another “Eid” baby. Insya-Allah.
Untuk itu, mohon doa semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin.. #8MonthsPregnant,” tulis Anzalna.

Aktres drama bersiri Love You Mr Arrogant ini juga sempat mengucapkan salam Ramadan kepada semua pengikut di laman Instagram.

“Salam Ramadan. Alhamdulillah, bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripada-Nya,” tulisnya lagi.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hanif Zaki, 34, pada 21 Februari 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamed Eidrees pada 31 Mei 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Adik Kak KM, Ahya Rosli Selamat Bertunang

Haa, kalau nak tau ni lah Ahya Rosli adik kak KM tu…

Hiburan Mon, 19 May 2025
Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat…

Tak apa Kak Intan, kami doakan anda temui kebahagiaan hakiki…Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat sana nanti. Insha Allah. Kuat untuk anak-anak ya kak!

Hiburan Thu, 20 Nov 2025
Featured Mon, 17 Nov 2025

Foto Sambutan Hari Lahir Tular, Netizen Dakwa Mimi Lana Kini Hamil?

Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Cari 12 Bakat Baharu, Penerbit Jaja Ishak Pentingkan Disiplin – “Pernah Jumpa Penyanyi Yang Enggan Datang Promosi”

Jaja Ishak menegaskan kejayaan seseorang artis tidak hanya bergantung pada bakat dan populariti.

Trending Mon, 8 Mar 2021
Hiburan Thu, 7 Feb 2019
error: Content is protected !!