Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 4, 2022 @ 2:30pm

Kongsi Kisah Suka Duka 2 Tahun Lalu, Perkongsian Vivy Yusof Undang Sebak – “Saya Dilempar Banyak Fitnah, Dibuli Secara Siber”

Nama usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof pernah menjadi perbualan hangat di media sosial kerana sering didakwa meniru idea rekaan tudung peniaga-peniaga kecil.

Terbaru, sebuah perkongsian dikongsikan oleh Vivy menarik perhatian rakan-rakan selebriti dan segelintir netizen yang turut terkesan sehingga ada yang mengalir air mata.

Menerusi hantaran tersebut, Vivy dilihat sedang mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Datuk Fadza Anuar telah mengimbau kenangan ketika mengikuti ibu bapanya membuat umrah semasa kecil.

Dalam hantaran yang sama juga, Vivy turut berkongsi pengalaman manis mengerjakan umrah yang digambarkan dalam suasana sangat tenang.

“Semasa saya kecil, ibu bapa saya membawa saya ke Mekah dan saya akan melihat ibu menangis ketika solat di masjid ini (Masjidil Haram). Saya masih ingat yang saya berfikir: Kenapa dia menangis, dia ok ke?

“Nah, saya seorang dewasa kini menangis melihat Kaabah. Ada sesuatu tentang keberadaan saya di sini yang menyentuh saya secara mendalam.

“Ia merupakan satu kontras yang luar biasa – ia begitu sesak di sini, namun kamu merasakan seolah-olah hanya kamu dan Allah SWT sahaja.

“Sini panas, tapi dalam diri berasa sejuk. Kamu sangat asing di sini, namunterasa bagaikan berada di rumah sendiri. Begitu ramai umat Islam dari seluruh dunia dengan bahasa dan budaya yang berbeza, namun kita semua nampaknya memahami antara satu sama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

“Kami bersatu dalam doa, dan selama beberapa minit itu, semuanya senyap. Ia satu pengalaman yang sangat indah untuk dialami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambahnya lagi, Vivy turut mengakui dia berasa sangat sebak apabila melihat kain hitam di antara dua tiang masjid di tanah suci, sehingga tidak mampu berhenti mengalirkan air mata.

“Kamu akan mendapat kesempatan untuk merenung, bertaubat, meminta bimbingan. Saya berdoa untuk semua keinginan hati saya dan saya tidak mampu berhenti menangis.

“Dua tahun terakhir ini begitu sulit dengan survival kesihatan daripada COVID-19, bisnes dan kehidupan secara umum,” ujarnya.

Sementara itu, Vivy turut menceritakan pengalaman pahit dalam hidupnya yang boleh digambarkan seperti roda di mana kehidupannya penuh dengan cabaran dan ujian baik dalam bisnes.

“Selain itu, saya dilempar begitu banyak fitnah, dibuli secara siber, dan luka peribadi yang hanya saya alami secara diam-diam.

“Orang ramai dan netizen yang telah menyakiti saya secara mendalam, saya tetap kuat, tetapi sebagai manusia, kamu pasti terasa hati.

“Ini merupakan kesempatan saya untuk tangiskan semuanya, tetapi hanya kepada Tuhan. Air mata saya untuk Dia. Saya akan pulang lebih kuat dengan lega bahawa saya telah menyerahkan semuanya kepadaNya,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai rakan selebriti serta pengikutnya yang tampil memberi sokongan moral kepadanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Oct 2018

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Rosman di dakwa esok!

Featured Thu, 5 May 2022

“Mohon Doakan Bayi Sulung Kami” – Elisya Sandha ‘Bunting Pelamin’

Alhamdulilah, Elisya kini sudah berbadan dua, masih belum dedahkan jantina.

Trending Mon, 7 Jun 2021
Featured Mon, 6 Mar 2023
Trending Wed, 13 Apr 2022
Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳

Featured Mon, 1 Jul 2019
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Selepas Satu Peluang, Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Baharu!

Single terbaharu Andi bakal dikeluarkan pada Mac ini, tak sabarnya!

Hiburan Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Tekad Kurus Sebab Gimik?

Hebat betul Shaheizy Sam

error: Content is protected !!