Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 17, 2022 @ 11:07am

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Siri sitkom kegemaran ramai, Puteri bakal kembali ke kaca televisyen anda!

Setelah 15 tahun menanti, peminat drama Puteri dapat merealisasikan impian mereka untuk menonton drama Puteri Reunion 2022 yang dijangka bersiaran pada 3 Mei hadapan bersamaan dengan 1 Syawal!

Perkongsian yang pastinya membahagiakan peminat sitkom ini ini dimuat naik di akaun Instargam milik pelakon utama drama tersebut, Nora Danish yang memegang watak Puteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danish Nora (@noradanish)

“Finally ❤️ we are back 🥰 #PuteriReunion2022. Setelah lebih 15 tahun lamanya.

“Insya-Allah siri Puteri akan bertemu anda pada 1 Syawal, 3 Mei 2022 di TV3,” tulisnya.

Menerjah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikut drama ini meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan siri komedi terkenal ini sehingga ada dalam kalangan mereka yang masih tidak menyangka drama ini akan kembali.

Terdahulu, Nora pernah memuat naik sebuah video di akaun Instagram yang meluahkan rasa rindu untuk berlakon drama Puteri ini, malah dalam video tersebut Nora mengungkapkan kembali dialog ‘intro’ terkenal drama tersebut yang masih segar dalam ingatan. Fuh, hebat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danish Nora (@noradanish)

Malah, ada juga peminat yang meninggalkan komen dialog intro tersebut di hantaran terbaru Nora. Ini betul-betul peminat drama Puteri ya! Hihi..

Sementara itu, meninjau ke media sosial TikTok, pelakon Kanchana Devi yang memegang watak sebagai Kamala dalam drama tersebut memuat naik sebuah video yang menunjukkan penggambaran sitkom tersebut sudah pun bermula.

Ruangan komen hantaran video tersebut juga dibanjiri dengan kata-kata peminat yang teruja, malah apa yang paling menarik adalah ada juga dalam kalangan mereka yang bertanya mengapa Nora dan Kanchana seakan tidak dimamah usia.

Sedikit sinopsis mengenai drama Puteri, ia mengisahkan tiga wanita muda sekawan yang menyewa sebuah bilik di rumah milik pasangan suami isteri, di mana kehidupan mereka diwarnai dengan keceriaan, kejutan dan kepahitan.

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang bakal mengimbau kembali detik-detik manis nostalgia mengenai kisah zaman remaja semasa drama Puteri Reunion 2022 ini tersiar kan?

Sama-sama kita nantikan drama ini di kaca televisyen siaran TV3 pada 3 Mei 2022! Simpan tau tarikh ini dekat kalendar anda semua, hihi! Jom, kita enjoy!!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Sat, 14 Sep 2024
Trending Sun, 3 Jun 2018

Gadis Kelahiran Ampang Pecah Rekod Sertai Miss Universe New Zealand

Gadis kelahiran Ampang dan dibesarkan di New Zealand, Nurul Shamsul berjaya menempatkan diri di pentas akhir Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand. Good Luck Nurul!

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Featured Fri, 10 Oct 2025

Gara-Gara Tinggal Komen Sokong ZRA, Namron & Fazura Dikritik… Respons Namron: “Saya Tak Tunggang Agama, Isu Mahupun Orang”

Tindakan Namron & Fazura itu ternyata mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Featured Fri, 24 Oct 2025
Featured Sat, 17 Jul 2021

Jom Semak! Pemohon i-Citra Kini Boleh Semak Status Kelulusan Permohonan

Umum maklum, permohonan i-Citra KWSP sudah dibuka bermula 12 Julai lalu. Ramai pemohon yang ternanti nanti keputusan permohonan mereka. Justeru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja mengumumkan melalui laman web rasmi berkaitan status permohonan […]

Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

#Mentor7: Garang? Mestilah Ada Sebab…

Mentor bakal ke udara setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

error: Content is protected !!