Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 9, 2022 @ 1:40pm

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Pernah berdepan dengan kontroversi, pempengaruh media sosial yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose, 24, dikecam netizen atas dakwaan menciplak jenama yang telah digunakan di pasaran oleh seorang usahawan lain.

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira ini, dia dan pasukannya telah mengambil masa selama dua minggu untuk mencipta jenama baru bagi menggantikan jenama sebelum ini iaitu ‘Sekuntum’ kerana enggan dituduh sebagai kaki ciplak.

“Perubahan jenama ini disebabkan isu yang berlaku sebelum ini. Kami jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Pihak kami juga ada menghubungi individu tersebut dan dia nak kekalkan nama jenamanya.

“Jadi saya dan team pun ambil keputusan untuk tukar nama jenama selari dengan pelancaran koleksi raya terbaharu. Memang ambil masa yang lama nak brainstorming idea nama baharu.

“Kami ambil masa dua minggu juga nak dapatkan nama itu. Bila suggest nama, kami akan periksa dulu dekat semua platform agar tiada jenama yang sama.” katanya kepada mStar.

Jumaat lalu, dia telah mengumumkan nama jenama baru produknya iaitu Harīrose bersama pelancaran koleksi raya di akaun Instagram miliknya.

Kali ini, Rose berkongsi koleksi tudung raya yang dilancarkan bertemakan Serasi. Pemilihan itu dibuat adalah mengikut kesesuaian menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Kami ada lima design untuk koleksi raya. Koleksi ini hasil daripada brainstorming saya bersama team. Selepas lancar koleksi pertama, kami dah mula plan untuk koleksi raya.

“InsyaAllah tak akan timbul lagi isu ciplak atau tiru. Koleksi kali ini kami memilih tema ‘Serasi’ memandangkan tahun ini kita dapat beraya bersama keluarga dan rakan-rakan.” ujarnya lagi kepada mStar.

Apapun, selamat maju jaya buat Sharifah Rose!

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Nov 2021

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang. Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan […]

Featured Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Tue, 18 Sep 2018

「技术性失误酿火灾」林德荣:受伤演员九成是老人家【内附视频】

监製林德荣、黄罕铭导演的贺岁片《大地回春》昨日拍摄期间因技术性失误酿成火灾,导致戏中22位演员受伤入院;林德荣和黄罕铭针对此事於今日在双威医院召开了记者会,交代意外的来龙去脉。

Events Thu, 11 Jul 2024

Bapa Baby Syifa Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Allahu, banyak sangat kes selewang duit sekarang ni kan😡

error: Content is protected !!