Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 11, 2022 @ 2:14pm

Pengguna Shopee Luah Rasa Kecewa Dengan Bantuan ePemula

Golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun kini boleh mendaftar E-Tunai ePemula sebanyak RM150 pada hari ini.

Bukan itu sahaja, pelajar sepenuh masa di institusi tinggi awam dan swasta juga boleh mendaftar.

Namun, berita gembira itu bertukar menjadi kecewa buat segelintir golongan belia, lebih-lebih lagi pengguna Shopee.

Menerusi ciapan yang dibuat di Twitter, rata-rata kurang berpuas hati kerana tidak boleh melakukan pembelian secara atas talian di platform tersebut.

“You can claim ePemula RM150 on Shopee BUT can only use it for offline spending,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Imagine living in pedalaman Sabah and you claimed your ePemula at ShopeePay,” tulis seorang netizen.

Selain itu, ada juga pengguna Twitter yang turut berkongsi cara penggunaan ePemula di Shopee.

Selain ShopeePay, golongan belia juga boleh menebus e-tunai sama ada di BigPay, GrabPay dan Touch ’n’ Go eWallet.

Penerima yang layak hanya boleh menebus sekali sahaja melalui salah satu platform.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, tetapi e-tunai tersebut perlu dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Thu, 28 Nov 2024

[VIDEO] Kisah Hijrah Beri Kesan Pada Peminat, Nora Danish Luah Rasa Sayu – “Baru Saya Sedar Pentingnya Selebriti Sampaikan Perkara Baik…”

Pelakon jelita, Nora Danish mengakui penghijrahannya itu turut mengubah cara peminat-peminat mendekatinya ketika diminta untuk bergambar. Berkongsi satu momen yang berlaku di sebuah acara di Singapura, Nora berkata ramai peminat yang menzahirkan kata-kata doa ketika […]

Featured Sat, 22 Jan 2022
Featured Tue, 31 Mar 2026

Tak Halang Anak Kahwin Usia Muda, Abby Abadi Mohon Jangan Libatkan Diri Dalam Hubungan Orang Lain – “Faham Dulu Makna Tanggungjawab”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menegaskan dia tidak menghalangnya anaknya untuk berkahwin pada usia muda namun perlu memahami makna tanggungjawab selain tidak melibatkan diri dalam hubungan orang lain.

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Wow! Makin panas ek netizen siap lancar petisyen tu🔥🔥🔥

Events Fri, 11 Mar 2022
error: Content is protected !!