Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin April 11, 2022 @ 5:05pm

Elak Anak Jadi Pasif, Kempen Kid’s Safe Travel Galak Ibu Bapa Bawa Anak Bercuti Tanpa Rasa Paranoid!

Fasa pandemik Covid-19 yang berlaku sejak dua tahun lalu bukan sahaja melumpuhkan operasi pelancongan dunia malah, semua sektor melibatkan pendapatan negara dan tenaga kerja juga turut terjejas.

Selain itu,  semua golongan termasuklah kanak-kanak turut menerima impak yang sama apabila terpaksa berkurung dan melakukan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha meneruskan pendidikan walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP).

Kempen Kid’s Safe Travel elak rasa paranoid ibu bapa

Oleh itu, sempena dengan pembukaan sempadan negara dan pengumuman fasa endemik bermula 1 April lalu, Kempen Kid’s Safe Travel dilaksanakan bagi memupuk budaya pencegahan agar pergerakan lebih selamat dan terkawal terutamanya buat ibu bapa yang ingin membawa anak-anak pergi bercuti.

Menurut Pengasas Ola & Oli Sdn Bhd dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz yang juga merupakan seorang pakar Audiology memaklumkan, kempen Kid’s Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka keluar dan mengelakkan dari terus terkurung di rumah.

Malah, sebagai seorang ibu beliau juga faham, akan perasaan paranoid terhadap penularan wabak Covid-19  terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

“Objektif kami memperkenalkan Kids Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serat menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagimenguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara,” katanya.

SupeOla Immu B+ makanan tambahan sesuai selera kanak-kanak

Selain kempen Kid’s Safe Travel, formulasi produk makanan tambahan yang diberi nama SupeOla Immu B+ turut diperkenalkan.

Ia diperbuat daripada malt coklat keluaran syarikat Ola & Oli bersesuaian dengan selera kanak-kanak.

“Kita adalah apa yang kita makan, akses anak-anak terhadap makanan memang banyak tetapi bukan senang untuk menggalakkan mereka makan makanan yang seimbang.

“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan juga sesuai untuk diambil ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu atau pulang ke kampung ketika musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. 

“Malah, bagi memastikan anak-anak kekal sihat SupeOla Immune B+ juga dapat membantu menggalakkan peningkatan sistem imun badan,” katanya.

Untuk makluman, Kempen Kid’s Safe Travel turut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada Ahad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

Didakwa ‘Try Hard’ Tiru Gaya Amir Ahnaf, Fitri Farok Enggan Komen

Fitri Farok enggan komen, mahu kekalkan aura positif

Events Sun, 10 Mar 2019

刘若英来马吃胖!要歌迷修图才能「出街」

「奶茶」刘若英提前来马“不小心”吃胖,演唱会见歌迷拍照让她不禁笑言:记得要修图了才能出街!

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Kucing Kesayangan Fara Salleh M*ti, Netizen Luah Rasa Sebak – “Pandai Dia Pilih Waktu Pergi.. Tak Susahkan Tuan Nak Bersalin”

Tiger kucing kesayangan Fara Salleh mati selepas berjuang hidap kansern dan ketumbuhan di paru-paru

Featured Thu, 18 Feb 2021
Hiburan Tue, 5 Apr 2022
Trending Thu, 28 Dec 2017

Ibu Kepada 3 Orang Anak Gantung Diri Di Dalam Bilik

Cekik anak perempuannya sampai mati, ibu kepada 3orang anak gantung diri di dalam bilik

Trending Fri, 17 Dec 2021

Rugi Ratusan Ribu, Fizie Tak Menyerah Kalah

Pengacara Didik TV, Fizie, 33, mendedahkan dirinya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila dua perniagaan yang dijalankan terpaksa dihentikan akibat pandemik. Biarpun pahit untuk menerima kenyataan, bekas penyampai radio Hot FM ini terpaksa membuat keputusan […]

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Dayangku Intan Beri Inspirasi Buat Golongan Wanita

Semoga Dayangku Intan dan Suami berada dalam keadaan sihat seperti sediakala

error: Content is protected !!