Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2022 @ 4:24pm

“Ada Katak & Beruk, Deep Betul!” – Netizen Teruja Sultan Selangor Beli Lukisan ‘Nakal’

Sejak semalam tular di media sosial apabila gambar yang dimuat naik menerusi Instagram Selangor Royal Official mencuri perhatian rata-rata warganet.

Ia susulan hasil karya seni ‘nakal’ parlimen itu menarik perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk membelinya.

Menurut perkongsian di Instagram berkenaan, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu sebaik sahaja melihatnya dan bakal menggantung lukisan tersebut di bilik peribadi baginda.

Bukan itu sahaja, Baginda juga berhasrat bahawa satu hari nanti lukisan ‘nakal’ yang memaparkan keadaan parlimen beserta lukisan simbolik seperti beruk, katak dan orang utan ini akan dilelong dan hasilnya akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’ Baginda.

“Satu hari nanti, Baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” tulisnya.

 

“Seni berat, maksud mendalam…”

Menjengah di ruangan Twitter pula, rata-rata warganet menyifatkan hasil karya seni ini mempunyai maksud yang begitu mendalam sehingga digelar sebagai ‘art berat’.

Malah, ramai yang mendakwa bahawa mereka faham akan maksud disebalik lukisan berkenaan.

 

Perkongsian yang dimuat sejak Selasa ini telahpun diciap lebih 31,000 kali dan mendapat lebih 64,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Sweet! Ucapan Bekas Vokalis Q-Face Untuk Wany Hasrita Tarik Perhatian Netizen

Padan kan dorang ni? Comel jer ucapan Fairuz untuk Wany…Yang penting gambar tu memang WIN!

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Fans Conspiring a ‘JBJ’ Group for ‘Produce X 101’!

Because of not making it into the final line-up, fans are demanding the trainees to…

Featured Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Featured Sun, 24 Apr 2022
error: Content is protected !!