Euforia Bola 2026
Drama By: Maya Basir April 15, 2022 @ 11:15am

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Pelakon Ali Reza mendedahkan dirinya mengambil masa beberapa hari untuk mencari keserasian dengan pelakon Sharifah Rose untuk drama terbaru mereka, Do You Love Me Captain?

Do You Love Me Captain? ditayangkan di slot Lestary TV3 merupakan drama adaptasi novel karya penulis popular Sophilea.

“Beberapa hari pertama memang ‘awkward’, masing-masing malu tak nak bercakap, senyap je sebab kita tak tahu lagi macam mana nak masuk dalam watak tu.

“Apa yang saya buat ialah saya cuba untuk bercakap dengan Rose, tanya banyak soalan dan fikirkan idea bersama dan kemudian ketengahkan idea itu kepada tuan pengarah,” kata Ali.

Ali ditemui ketika sidang media maya drama Do You Love Me Captain? pada Selasa.

Dalam pada itu, Rose juga turut berkongsi dia sangat seronok sepanjang menjalani penggambaran drama ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya gembira dapat bekerja dengan team produksi ini. Sangat mudah untuk berlakon dengan mereka. Saya berharap agar drama bersiri ini mendapat tempat di hati peminat, Insya-Allah,” kata Rose.

Drama ini mengisahkan Daneena (Rose) melarikan diri daripada rancangan jahat makcik dan tunangnya dan menyembunyikan diri dalam sebuah rumah banglo di atas bukit milik Darish (Ali), seorang pemilik syarikat penerbangan tempat Daneena bekerja.

Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidup tanpa gangguan makcik dan tunangnya.

Berjayakah rancangan mereka?

Saksikan drama 25 episod Do You Love Me Captain? yang boleh ditonton pada setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Andmesh Kamaleng Kembali Ke Malaysia 14 Februari 2026, Jayakan Konsert ‘Andmesh Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’

Andmesh Kamaleng bakal kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert penuh emosi berjudul ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung pada 14 Februari 2026.

Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Featured Fri, 4 Oct 2024
Hiburan Wed, 8 May 2024
Hiburan Sat, 8 Mar 2025

Atikah Suhaime Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Lyla Mulan Teh

Tahniah Atikah Suhaime dan suami timang baby girl.

Featured Sat, 27 Nov 2021

Kos Menunaikan Haji Dijangka Mencecah Lebih 50 Peratus ATAU RM30,000

kos dan kuota jemaah juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

error: Content is protected !!