Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 17, 2018 @ 5:57pm

Itu Bukan ‘Baby Bump’ – Fazura

Sah! Itu bukan ‘baby bump’.

Jadi korang jangan nak panjangkan lagi gosip ni ya sebab tuan empunya diri sudah mengesahkannya.

“Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil,’ ujar Nur Fazura menepis sangkaan netizen bahawa beliau berbadan dua.

Menurut Fazura, 34, netizen boleh mendapatkan gambaran jelas melalui video yang dimuat naik  di akaun instagram kelab peminatnya @fazbulouswarriors.

Jelasnya, jika hamil dia tidak akan sekali-kali merahsiakannya tetapi akan berkongsi berita baik itu kepada semua peminat yang mendoakannya.

“Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,”  katanya kepada BH Online.

Jika korang ikuti perkembangan pasangan yang digelar #Fattzura ini, ia  dikira kali kedua berita berhubung kehamilannya menjadi bualan ramai.

Sebelum ini Fazura pernah memberi bayangan seolah dia sedang berbadan dua apabila beliau dikatakan mengidam! Ini kerana Fazura ditegur makan dalam kuantiti yang banyak, seperti dipaparkan dalam sebuah rakaman video.

Namun penyanyi ‘Bisa Apa’ ini  menafikan perkara itu sambil menjelaskan, beliau sekadar bergurau apabila menggunakan perkataan ‘mengidam’.

Dan terbaru ini, apabila sekeping foto yang memperlihatkan perubahan pada bahagian perutnya yang nampak macam ‘baby bump’ menjadi tular di media sosiial.

Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022

Shila Amzah Nasihat Jangan Bercinta Dengan Lelaki Panas Baran… Siap Beri Ciri-Ciri Lelaki ‘Red Flag’

Fuh, siapa pernah ada pengalaman bercinta dengan lelaki panas baran? Serammm, hati hati buat wanita di luar sana

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Instagram Ziana ‘Dihujani’ Ribuan Komen Positif

Petikan kata-kata itu mendapat lebih 8,000 ‘like’ selain menerima kira-kira 400 komen yang rata ratanya mahu Ziana terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Hiburan Wed, 27 Nov 2019
Featured Sun, 22 Aug 2021

Betty Banafe Dedah Harun Hashim Minta Bantuan Bayar Rumah Sewa

Umum maklum, keadaan pelakon veteran, Harun Hashim dan isterinya, Sakinah Ganjali yang berdepan ujian penyakit dan kesulitan hidup ketika era pandemik COVID-19. Perkara itu mendapat perhatian rakan selebriti Betty Banafe yang memaklumkan mendapat perkhabaran mengenai […]

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Doa yang baik-baik semua…

Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Ain Edruce Akui Buta Soal Kewangan Sebelum Kahwin, Suami Jadi ‘Guru’ Pelaburan

Ain Edruce mengakui dirinya kini lebih peka mengenai pengurusan kewangan selepas banyak dibimbing suaminya dalam soal simpanan dan pelaburan.

Featured Tue, 15 Jun 2021

Cadangan Laksana i-Sinar i- Lestari 2.0 Pada Kadar Separuh

Cadangan untuk melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh berbanding versi 1.0 untuk tempoh tiga bulan telah disarankan. Menurut Bekas Perdana Menteri, ia memandangkan pengeluaran caruman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk i-Sinar […]

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Mengaku Tidak ‘Berdarah Indonesia’, Instagram Agnez Monica Diserang Warganet!

Saya akan selalu jujur dan bersaksi kepada dunia…

error: Content is protected !!