Featured By: Aqilah Paharuzi April 20, 2022 @ 4:57pm

#JusticeForBella: Terima Menghadap Rina Harun, TMJ Cadang Pinda Undang-Undang & Hantar 4 Wakil Peguam Pemerhati

Tunku Mahkota Johor (TMJ) mencadangkan supaya penambahbaikan terhadap undang-undang, khususnya Akta Kanak-Kanak 2001 dilakukan dengan segera untuk memastikan insiden yang menimpa kanak-kanak Sindrom Down iaitu Bella tidak berulang.

Pertemuan tersebut melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Wakil UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex, dan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail, di Royal Johor Polo Club di Johor, semalam.

“Pindaan Perundangan: Penambahbaikan undang-undang semasa, seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan segera. Ia harus merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan, untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” tegasnya.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut digesa oleh TMJ bagi melakukan audit terhadap semua pusat jagaan kanak-kanak diluluskan serta menutup segera pusat jagaan tidak berdaftat di bawah JKM.

“JKM perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar dengan JKM atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta. Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha/pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” tulisnya.

Cadangan TMJ yang terakhir melibatkan pihak kerajaan untuk menjalankan kajian segera berhubung dengan pusat jagaan kanak-kanak bagi membincangkan syarat pusat jagaan selari dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain.

“Kajian segera juga perlu dibuat mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak bermula di Johor ditauliahkan bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut akan didedahkan kepada umum. Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Ahad lalu, TMJ menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi kes penderaan Bella.

Terkini, laporan berita melaporkan empat peguam pemerhati yang telah dilantik oleh TMJ hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi mengikuti perbicaraan kes penderaan melibatkan mangsa remaja sindown down, Bella dan tertuduh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Empat peguam berkenaan adalah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Tertuduh Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi melampau.

Bainun didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Facebook TMJ, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Trending Fri, 8 Jan 2021
Trending Sun, 17 Apr 2022

Gaji Minimum Perlu Diperhalusi Lagi

Datuk Willie mahu kerajaan perhalusi gaji minimum

Featured Tue, 9 Mar 2021
Trending Thu, 19 Dec 2019

Watch How This Malaysian-US Born Girl Inspires People At Her Graduation Ceremony

Petronas scholar girl gave the coolest and inspiring speech at her graduation ceremony in US

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

SUARA FATHIA LATIFF NOT BAD?

Fathia Latiff mempunyai ton suara dan karakter tersendiri untuk bergelar sebagai seorang penyanyi. Malah, beliau juga mengakui sudah mempunyai lagu yang sesuai untuk pelakon kontroversi itu

Featured Wed, 24 Nov 2021

“Terima Kasih Kak Ana 16 Tahun Dengan Kami” – Sebaknya! Satu Keluarga Menangis Tak Sanggup Lepaskan Pembantu Rumah

Ramai rakyat Malaysia menggunakan khidmat pembantu rumah warga asing untuk meringankan beban menjaga anak, menguruskan rumah dan sebagainya. Namun, sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembantu rumah itu ikhlas dan telus, malah lama kelamaan ia pasti […]