Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 20, 2022 @ 2:40pm

#7HariMencintaiku3: Baru Episod Ke-4 Ditayangkan, Netizen Berang Helmi Cemburu Sofi Beri Perhatian Lebih Pada Anak – “Wujud Ke Suami Macam Ni Dalam Realiti..”

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 mendapat sambutan yang hangat di serata media sosial sehingga pada setiap hari tayangan drama tersebut akan ‘trending’ di media sosial.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan peminat drama tersebut berkata banyak drama dan konflik telahpun terjadi meskipun baru empat episod ditayangkan.

Selain daripada watak utama Mia Adriana dan Khuzairi, tinjauan di media sosial mendapati ada segelintir penonton yang meluahkan rasa geram terhadap kisah pasangan suami isteri iaitu Helmi dan Sofi lakonan Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila.

Penonton drama hebat ini berkata Helmi dipercayai tidak munasabah kerana ‘cemburu’ apabila Sofi memberikan perhatian kepada anak mereka, Irfan, lebih daripada kepada suaminya.

Menerusi drama episode keempat, Helmi meluahkan perasaannya kepada Sofi yang telah didakwa mengabaikan perasaan dan tidak memberi perhatian kepada Helmi selama setahun, semenjak kemunculan anak dalam hidup mereka.

Dalam satu babak episod keempat ini, Sofi meminta Helmi untuk segera pulang daripada Kuantan kerana anak mereka mengalami demam panas, namun lain pula yang terjadi apabila Helmi berang Sofi hanya memikirkan tentang anaknya.

Babak tersebut telah menimbulkan rasa membara dalam kalangan netizen yang mendakwa perangai Helmi dianggap tidak berakal kerana cemburu kepada darah daging sendiri.

Ada juga dalam kalangan mereka yang tertanya-tanya sama ada wujud suami yang cemburu terhadap anak sendiri.

Drama Akasia 7 Hari Mencintaiku 3 hasil terbitan karya agung Siti Rosmizah sudah mula bersiaran dan boleh ditonton pada setiap hari jam 6:58 petang di saluran TV3 dan iQiyi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Sun, 15 Jun 2025

Aprena Manrose Umum Perceraian – “I Am No Longer Afiq’s Wife”

Jodoh Aprena Manrose tak panjang, akhirnya cerai.

Trending Mon, 16 Dec 2019

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil

Trending Thu, 25 Aug 2022

Cecah RM100,000! Vespa Dior Milik Nabila Razali Jadi Tumpuan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muat naiknya mencuri perhatian apabila dikatakan telah membeli sebuah Vespa 946 Dior. Menerusi perkongsian Nabila di laman Instagram, dia memuat naik beberapa keping foto […]

Events Mon, 25 Nov 2019

‘Lagu Berhantu’ Naim Daniel Dinobat Lagu Terbaik #SFMM34!

Tahniah Naim! Siapa sini pun goosebump, angkat tangan!

Acara Fri, 4 Oct 2019

Smart Women Foolish Choice, menarik untuk dibaca!

Buku ini mesti dibaca oleh semua wanita!

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

彩妆大师小凯「化身月老」首揭超完美底妆

带着全新彩妆品牌的小凯老师日前来马会粉丝!见面会上他不仅分享彩妆潮流和小诀窍,还现场「化身月老」逗趣地说:“趁着大家都在,今天我顺便结婚了!”

error: Content is protected !!