Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 20, 2022 @ 4:56pm

“Doktor Jangka Jun Ini Hayat Saya Berakhir…” – Roslan Aziz Hidap Kanser Limfoma Tahap 4

Penerbit muzik terkemuka, Roslan Aziz atau nama sebenarnya Roslan Abdul Aziz, 61, diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah tahap empat.

Semuanya bermula pada November tahun lalu apabila Roslan telah mengadu sakit di bahagian perut yang agak berat sehingga dirinya terpaksa bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Doktor mencadangkan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan ujian darah apabila melihat keadaannya yang begitu tidak bermaya.

Selepas itu, doktor mencadangkan pelbagai rawatan susulan yang sedikit sebanyak membuatkan banyak tanda tanya bermain difikirannya.

Memetik laporan Astro Awani, Roslan memaklumkan bahawa dirinya sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya untuk menerima segala kemungkinan dengan tabah dan reda.

“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk.

“Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” katanya.

Walau sedang menghidap kanser tahap empat, perwatakan Roslan sangat ceria, ramah bercerita dan sesekali bergurau.

Namun, realitinya dia menahan sakit dan perlu melalui rawatan yang benar-benar mencabar serta telah menjadi rutin keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, Roslan bersyukur kerana ada keluarga dan rakan-rakan yang betul-betul mengambil berat tentang dirinya.

“Saya bersyukur sebab ada keluarga dan kawan-kawan yang baik, yang betul-betul ambil berat pasal saya

“Kanser juga menyedarkan saya bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh berseorangan… keluarga dan kawan sangat penting.

“Saya sangat bersyukur kerana ada semua itu termasuk ayah yang berusia 83 tahun juga masih ada dan kami tinggal di rumah yang sama… inilah hikmah yang saya tidak sedar ada di depan mata,” ujarnya.

Dalam wawancara tersebut, Roslan bersikap terbuka menceritakan tentang soal kematian yang diberitahu semakin singkat.

“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir.

“Sepanjang hidup, apa yang saya kehendaki semuanya sudah saya lalui dan lakukan. Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak,” kata Roslan sambil merenung wajah isterinya.

Roslan dan isterinya, Sopphilea Hamid telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun yang merupakan perkahwinan keduanya selepas berpisah dengan penyanyi ternama, Datuk Sheila Majid.

Menerusi dua perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Aug 2020

Permohonan Lanjut Moratorium Bermula Jumaat, 7 Ogos Ini

Perhatian buat mereka yang layak mendapat lanjutan moratorium

Featured Tue, 12 Apr 2022

#JusticeForBella: Terdapat Unsur Konflik & Berkepentingan, Sokong Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Susulan kes melibatkan penderaan secara kejam ke atas adik Bella, aktivis sosial, Senator Ras Adiba Mohd Radzi dilihat menyokong penuh dan menggesa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar segera membuat pindaan terhadap […]

Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

Trending Tue, 25 Jan 2022

“Orang Ingat Lagu Tu Simple, Tapi…” – Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36?

Pengganti penyanyi Ernie Zakri untuk menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) masih belum diumumkan. Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi masih belum mendedahkan penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab […]

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Dulu Saya Terlalu Naif, Banyak Buat Silap” – Fathia Latiff

Fathia turut meluahkan harapan agar kehidupannya akan terus berubah ke arah yang lebih baik.

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Trending Wed, 3 Apr 2019

Netizen tersentuh Park Bo Gum mengalunkan lagu Belaian Jiwa semasa siri jelajah di Malaysia

Sebutan katanya semasa nyanyian seolah-olah penyanyi tempatan.

error: Content is protected !!