Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2022 @ 5:00pm

#JusticeForBella: Terdapat Unsur Konflik & Berkepentingan, Sokong Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Susulan kes melibatkan penderaan secara kejam ke atas adik Bella, aktivis sosial, Senator Ras Adiba Mohd Radzi dilihat menyokong penuh dan menggesa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) agar segera membuat pindaan terhadap Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008, dan Akta Pusat Jagaan 1993.

“Saya berharap isu penderaan kanak-kanak terutamanya OKU diangkat ke Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Wanita dan Kanak-kanak Parlimen Malaysia.

“Hukuman setimpal mesti dikenakan terhadap pesalah tanpa melihat status seseorang itu yang melanggar hak OKU. Saya juga memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menutup pusat-pusat jagaan kanak-kanak, OKU dan warga emas yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Selain itu, beliau juga menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan pelucutan jawatan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Syed Azmi Alhabshi.

Tegasnya, terdapat percanggahan kepentingan dalam tugas dan jawatan Syed Azmi yang juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda iaitu tempat dimana adik Bella di tempatkan sebelum ini.

Sementara itu, perkara ini akan dibawa kepada perhatian terus Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Terdahulu, memorandum ini telah disampaikan oleh Pensyarah dan aktivis kanak-kanak, Muhammad Firdaus Ibnil Hajar bersama dua peguam yang juga aktivis kanak-kanak, Fatimah Jamhari dan Megat Syazlee Mokhtarum.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Jan 2026

Isteri Tampil Bersuara Isu Foto AI Remy Ishak Dengan Wanita Lain, Minta Netizen Jangan Salah Tafsir

Ezza menegaskan perkara itu tidak lebih sekadar gurauan antara mereka sebagai pasangan suami isteri

Featured Mon, 13 Apr 2020

Ekstrak kekwa ungu bantu turunkan berat badan

Turut mempunyai pelbagai kebaikan lain

Trending Tue, 16 Jul 2019
Featured Wed, 19 Jan 2022

Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan

Jaga SOP & jaga keselamatan orang yang tersayang!

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

‘Alhamdulillah…Beliau Makin Pulih’- Razali Hussain Kongsi Kondisi Pengarah Terkenal

Pelakon Razali Hussain berkongsi situasi menimpa pengarah Murali Abdullah yang mengalami ‘mild stroke’ sejak tujuh bulan lalu.

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Tak Adil! Saya Bukan…“ – Imran Ajmain Ambil Langkah Berdiam Diri, Tak Baca Komen

“Saya seorang individu yang kuat, personaliti saya kuat dan tak cepat melatah” – Imran Ajmain

error: Content is protected !!