Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 21, 2022 @ 1:28pm

“Tetapi Saya Tidak Boleh Gembira Terlalu Awal Sebab…” – Elyana Tambah Berat Badan Selepas Bebas Kanser

Penyanyi Elyana berasakan amat bersyukur apabila dimaklumkan dirinya pulih dan bebas daripada kanser limfoma tahap empat.

Namun, Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal mengatakan tidak mahu terlalu gembira dengan berita tersebut, sebaliknya bersyukur kerana doanya untuk sihat dimakbulkan oleh Tuhan.

“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.

“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan.

“Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya.

Elyana bukan sahaja tampak sihat dan ceria malah berat badannya juga bertambah.

“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.

“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram, sekarang sudah mencecah 60 kilogram. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” katanya.

Tambahnya lagi, selama lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.

“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.

“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” ujarnya lagi.

Penyanyi tersebut turut berjualan seperti Ramadan lalu, seperti menjual baju, tudung serta kuih tradisi iaitu semperit yang dibuat neneknya.

“Saya tidak jual kuih lain selain semperit nenek saya. Dia buat sendiri kuih ini walaupun usianya hendak mencecah 80 tahun.

“Saya juga menjual tudung Elyana Hijab. Ini kali pertama saya jual tudung selepas berhijab setahun lalu. Pada awalnya, saya tidak mahu sebab takut orang kata saya pakai tudung sebab hendak jual tudung.

“Tetapi, lama-lama apabila orang tanya sama ada saya mahu jual tudung atau tidak, saya terdetik melakukannya,” katanya yang memulakan perniagaan Elyana Hijab sejak dua bulan lalu.

Elyana menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2010 dan disahkan bebas dan pulih daripada penyakit itu pada tahun 2021.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Lepas Beri Bunga, Ara Johari PAKU Peminat Pula

Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Hiburan Sun, 7 Dec 2025

“Alhamdulillah, Usia 47 Tahun Baru Pertama Kali Sampai Ke Sana” – Rezeki Lepas Pulang Umrah, Datuk Red Tak Menang Tangan Layan Peminat

“Saya dah simpan hasrat, saya mahu berjanji pada diri, balik nanti saya akan selesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan” – Datuk Red

Filem Thu, 26 May 2022

Jayakan Watak G*y, Sean Ghazi Harap Penonton Berfikiran Terbuka

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berpendapat sebagai seorang anak seni, sudah menjadi tanggungjawab besar untuk menghormati apa sahaja karakter yang telah diamanahkan oleh pengarah. Terbaharu, Sean menjayakan watak lelaki homoseksual dalam filem ‘Split Gravy Ke […]

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Tue, 6 Jan 2026

Fizikal Badan Jadi Perhatian, Remy Ishak Akui Kamal Adli Dah Berubah 

Remy turut memaklumkan dia dan aktor, Syafiq Kyle turut bersetuju bahawa Kamal telah berubah dan seolah-olah menjadi orang lain

Hiburan Mon, 25 Nov 2024
Featured Wed, 3 Sep 2025
error: Content is protected !!