Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 23, 2022 @ 10:04am

Aina Abdul Cari Penaja & Rakan Kerjasama Untuk Konsert di Istana Budaya

Penyanyi Aina Abdul yang bakal menjayakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun depan mencari rakan kerjasama dan penaja.

Susulan kejayaan Konsert A Night With Aina Abdul 1.0 yang berlangsung di Menara Ken Taman Tur Dr Ismail, Petaling Jaya tahun lepas, Aina mahu mengadakan konsert berskala besar tahun ini.

“Alhamdulillah, atas sebab sokongan peminat di konsert sebelum ini, kami bakal adakan konsert yang lebih besar selepas ini. Saya dan pasukan Aina Abdul Entertainment kini sedang mencari mana-mana pihak yang sudi bekerjasama dengan menaja konsert kali ini.

“Melihat kejayaan tiket konsert tahun lalu yang habis terjual dalam tempoh dua hari membuatkan saya teruja mengadakan konsert yang lebih mega tahun ini. Saya sudah melakukan beberapa persiapan dengan pengarah muzik serta sudah menghadiri beberapa mesyuarat dengan pasukan saya,” kata Aina.

Memohon doa kelancaran urusan konsert, Aina turut mendedahkan konsert yang bakal berlangsung diinspirasikan daripada persembahan yang pernah dijayakan oleh Adele.

“Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan dan mendapat penaja pada penganjuran kali ini. Saya mahukan konsert yang bakal berlangsung nanti meninggalkan impak yang besar.

“Mengadakan sebuah konsert solo adalah impian saya. Jadi, saya sentiasa bersemangat dan cuba mencari kelainan baharu bagi memastikan peminat dan penonton yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang dibawakan,” katanya.

Terdahulu tiket A Night with Aina Abdul 1.0 yang dijayakan dua malam berturut-turut habis dijual dalam tempoh dua hari.

Tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya akan dijual bermula 25 April depan menerusi laman web www.ticket2u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Apr 2021
#LaguXTRA Thu, 8 Jun 2023

#LaguXTRA: K-Pop, English Rock & Hip-Hop, Insomniacks Minat Genre Lagu Berbeza?

Korang kena dengar jugak tau! Semua lagu favorite lagu dorang memang best

Trending Fri, 14 Feb 2020
Featured Mon, 25 May 2026

“Perkahwinan Ni Macam Perjudikan Nasib” – Syifa Melvin Simpati Masa Depan Wanita Salah Pilih Pasangan Hidup

Syifa Melvin meluahkan rasa simpati terhadap nasib segelintir golongan wanita yang berdepan ujian rumah tangga.

Featured Sun, 17 Apr 2022

Penghasilan Al Quran Bertulis Tangan Di Dalam Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga

Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga mengisahkan bagaimana penghasilan Al-Quran dilakukan.

Featured Wed, 17 Feb 2021
error: Content is protected !!